Ops Kuning – 29/6/11, 2-6pm (BM/Eng)

Salam!
Rabu ini, 29 Jun dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia.
Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik.

Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk merealisasikan matlamat kita. Dalam peringkat pertama kempen ini, kami sasarkan:
1. 50,000 pengguna PicBadge – http://www.picbadges.com/bersih-2/1743665/
2. 50,000 “Likes” di Laman Web Rasmi Facebook – http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
3. 10,000 pengikut di Twitter – http://twitter.com/bersih2
 
(Sila juga tukar gambar profil anda kepada sesuatu yang kuning demi kuningkan seluruh internet).

Objektif ini hanya boleh dicapai sekiranya seramai rakyat yang mungkin boleh sebarkan pesanan kita kepada semua rangkaian mereka – Facebook, Twitter, e-mel, dan sebagainya.
Ini adalah langkah pertama dalam kempen yang akan diteruskan sehingga Julai 9 dan seterusnya, di mana setiap hari dari pukul 2pm – 3pm, kita akan menggalakan penyokong-penyokong fokuskan kepada mempromosikan Bersih di internet.
Pada 29 Jun dari 2pm – 6pm, tema untuk Facebook dan Twitter adalah untuk menulis “Why #Bersih?” – kenapa Bersih diperlukan, mengapa kita sebagai individu memilih untuk turun ke jalan raya, dan bagaimana Bersih akan melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
Tolong juga promosikan laman web baru: http://bersih.org, yang mengandungi pelbagai cara-cara untuk menyokong Bersih.
Kami menggalakkan para penyokong untuk berkempen secara positif, elak dari menekankan sesiapa, dan tidak terperangkap dalam dialog yang tidak produktif. Matlamat akhir kita adalah untuk mendapatkan lebih ramai rakyat untuk bersama kita dalam mencapai matlamat-matlamat Bersih.
Terima kasih atas sokongan anda yang amat dihargai – dengan berganding bahu, kita bakal membawa perubahan yang amat diperlukan di negara kita tercinta.
Jawatankuasa Kerja Bersih 2.0
*
Salam!
Today, Wednesday 29th of June, from 2pm-6pm, is Bersih’s day of internet activism. Our goal is to exponentially increase visible support for Bersih online, as part of our movement for a free and fair electoral system, and for a better Malaysia for all Malaysians.
We call upon all Malaysians of all backgrounds, regardless of their affiliations, to join us in helping ensure that Malaysia’s citizens will always retain the right to choose their government in a clean, democratic manner.
We hope to use democratic tools on the internet to objectively demonstrate how many Malaysians stand united behind these goals. In the first stage of our campaign, our objectives are to:
1. Reach 50,000 PicBadge Users – http://www.picbadges.com/bersih-2/1743665/
2. Get 50,000 Facebook Likes on our Official Page – http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
 
3. Get 10,000 followers on Twitter – http://twitter.com/bersih2
Also change your profile picture to something yellow.
The only way we will achieve these goals is if as many Malaysians as possible spread the message through their social networks – Facebook, Twitter, e-mail, and so on.
This marks the beginning of a web campaign that will last to the 9th of July and beyond, where every day from 2pm – 3pm, we will call on Malaysians to help spread the message.
On the 29th of June from 2pm to 6pm, the theme for Facebook and Twitter is to write about “Why #Bersih?” – why it’s needed, why we as individuals are choosing to walk, and why it will make Malaysia better for all Malaysians.
We call upon activists to encourage positively, avoid pressuring others, and not get drawn into unproductive arguments. Ultimately, what we need are numbers to support the cause.
Thank you all for your kind support – together we will change the country we love for the better.
Bersih 2.0 Working Committee