"Tidak ada pengundi hantu dalam daftar permilihan SPR"

In June last year, MP for Seputeh had posed a question in Parliament with regard to the issue of phantom voters in the electoral roll as well as the number of voters in Sabah who were given MyKad under ‘Project M’. This is taken from her blog.

SOALAN NO. 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 27 JUN 2006


– – – – – – – – – – – – – – – – – 
SOALAN:
Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pengundi hantu yang masih berada dalam Daftar Pemilih dan bilangan pengundi hantu yang telah dikeluarkan daripada Daftar Pemilih dalam 3 tahun yang lepas serta langkah yang diambil oleh SPR untuk memastikan Daftar Pemilih bebas daripada pengundi hantu supaya kita boleh mempunyai pilihan raya yang bebas dan adil.
JAWAPAN : DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Ini, sukacita dimaklumkan bahawa tidak ada pengundi hantu dalam daftar permilihan SPR, Justeru itu, SPR kurang faham apa yang dimksudkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Seputeh mengenai pengundi hantu itu.
Tuan Yang Dipertua,
Apa yang ada didalam daftar pemilih SPR ialah lebih kurang 2.8 juta pemilih yang mendaftar di alamat yang tidak sama dengan alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan mereka. Ini kerana mengikut peraturan pendaftaran lama yang diguna pakai sebelum 16 Julai 2002, pemilih yang layak boleh mendaftar mengikut alamt yang mereka berikan di mana alamat tersebut tidak semestinya sama dengan alamat di dalam kad pengenalan mereka. Ini kerana ada di kalangan warganegara Malaysia yang telah bertukar alamat tempat tinggal tetapi tidak membuat pertukaran alamat di dalan kad pengenalan mereka. Dengan menyediakan peraturan sedekimian, seseorang pemilih yang layak itu boleh mendaftar dengan mudah pada tarikh kelayakan mereka. Dalam hal ini, sukacita dimaklumkan bahawa pemilih-pemilih tersebut adalah pemilih yang sah dari segi undang-undang dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan atau memindahkan mereka ke tempat sebenar mereka tinggal kerana ianya di luar bidang kuasa SPR.
Walau bagaimanapun, selepas 16 Julai 2002, SPR melaksanakan peraturan baru pendaftaran di mana seseorang warganegara yang layak didaftarkan sebagai pemilih itu akan didaftarkan mengikut alamat seperti yang tertera di dalam kad pengenalan mereka.

Melalui peraturan baru ini, maka tidak ada lagi pemilih yang mendaftar tempat mengundi mereka yang tidak sama dengan alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan mereka. Dengan yang demikian, SPR percaya bahawa daftar pemilih yang ada sekarang mampu untuk menjadikan pilihan raya yang akan diadakan di masa hadapan berjalan dalam keadaan bebas dan adil.
Sekian , terima kasih.

– – – – – – – – – – – – – – – – –
Teresa then posed a supplementary question to Nazri:
“ Tan Sri Yang DiPertua, sebelum Menteri di JPM ini jawab, saya telah jangka jawapannya tentu akan memeranjatkan kita semua di dewan ini. Di tiap-tiap pilihan raya, kita menerima laporan bahawa terdapatnya orang yang membuang undi di beberapa tempat pada hari pengundian. Dalam kes Yong Teck Lee yang diputuskan oleh Mahkamah sehingga beliau hilang kelayakan, salah satu dakwaan ialah terdapatnya pengundi hantu di kawasannya. Selain itu, dalam pilihan raya 2004, ayah kepada Azmin Ali, Naib Presiden Keadilan yang telah mati pun telah digunakan untuk membuang undi pada hari pengundian. Bukankah ini menunjukkan terwujudnya pengundi hantu?
Mengikut jawapan yang saya terima daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai jumlah komposisi kaum di Sabah, jumlah penduduk di Sabah ialah 2 juta 9 ratus 80 ribu dan 7 ratus, di antaranya 24.9 peratus adalah bukan warganegara. Kita juga terbaca dalam media di Sabah bahawa pendatang asing mendapat Mykad malah lebih awal daripada warga Sabah, dan ramai di antara pendatang asing ini telahpun mendaftar diri sebagai ahli UMNO Sabah dan mendaftarkan diri sebagai pengundi. Mereka juga diberi amaran oleh ahli Barisan Nasional bahawa mereka mesti membuang undi kepada BN, kalau tidak, Mykad mereka akan ditarik balik oleh kerajaan.
Keadaan bahawa orang asing memegang Mykad juga diakui oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dari Kubang Pasu dan disiarkan dalam mukasurat 9 dalam Utusan Malaysia hari ini. Beliau malah dilaporkan berkata bahawa kemungkinan kegiatan pengeluaran Mykad palsu yang dikesan berleluasa di Sabah sudah menular ke Semenjung.
Laporan Utusan Malaysia juga mengesahkan bahawa sebuah pasukan khas dari Bukit Aman bagi meniasat laporan mengenai pengeluaran Mykad palsu secara berleluasa kepada rakyat asing di Sabah.
Soalan saya: Macam manakah SPR menangani masalah pendatang asing yang memegang Mykad palsu dan didaftar menjadi pemilih, dan macam manakah SPR akan mengeluarkan nama pemegang kad pengenalan palsu daripada Daftar Pemilih yang dibawa masuk ke Sabah di bawah ‘Projek Dr Mahathir’ di Sabah?

This is Teresa’s version of events as to what happened next:
When I asked my Parliamentary question to Nazri, I was booed by some BN Back-benchers, especially when I mentioned that the migrants in Sabah have joined UMNO Sabah. The Speaker of the Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah also tried to stop me, however, I managed to let out the above remarks.
Nazri appeared to find difficulty in replying to my supplementary question. He then lashed out at me – retorting that I don’t understand the Malay language and pointed at the students who were sitting at the gallery and took another dig at me by saying that I ought to be ashamed (malu) for failing to understand his replies to my questions.
He then went on to say that what I ought to address is mentioned was is the issue of fake ICs and that nothing can be done by Election Commission about it as they are different departments. To the example I gave – of Azmin Ali’s father name, who although was deceased by then, was used to cast a vote. To this, Nazri replied sarcastically that it might be the work of an opposition supporter.
The MP from Sri Gading then stood up and said that Yong Teck Lee was disqualified over the bill board issue and not because of phantom voters. He said if there are phantom voters, it must be the work of the DAP.
No Sabahan MPs stood up to ask follow-up questions, I then stood up and commented that I was surprised that none of the Sabahan MPs stood up to take this opportunity to raise this issue which affected Sabah. I deliberately made such remarks to ridicule them as they have been very annoyed by similar remarks made by our leaders in the DAP dinner in Sabah a few weeks ago criticizing them. Particularly the remark made by MP for Cheras, Tan Kok Wai that none of the Sabahan BN MPs ever speak up for the people of Sabah. This stung them and the next day the Sabah BN leaders took a swipe at the DAP in the Sabah press. I was quite pleased that I had this chance get back at them once again on this issue, ha ha!!