BERSIH Buat Laporan Wujud Pengundi Hantu

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan membuat laporan berhubung dengan wujudnya pengundi-pengundi hantu yang wujud khusus di Negeri Selangor.
Berikut adalah butiran sidang media:
Tarikh : 12 Februari 2008 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor
Lot 03-11, Tingkat 3,
Kompleks PKNS
40690 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Berdasarkan senarai pemilih yang digazetkan pada 5 Februari 2008, di Selangor, BERSIH mendapati sekurang-kurangnya 104 pengundi berusia 100 tahun masih wujud.
Di Parlimen Shah Alam, terdapat 41 lokaliti yang tidak lagi wujud.
Di Parlimen Kelana Jaya, seorang warga yang mahu mendaftar sebagai pemilih Disember 2007 terkejut mendapati namanya wujud sebagai pengundi di Kubang Kerian. Mangsa tersebut akan hadir sendiri ke Pejabat SPR Selangor bagi mendapat penjelasan.
Sidang media ini akan membuktikan akan wujudnya pengundi-pengundi hantu di Pilihanraya Umum 12 akan datang.