Press Statement issued by BERSIH on 2 March 2008:
Kami menyelar proses pengundian pos yang dilaksanakan ke atas anggota polis dan tentera yang tidak lagi bersifat rahsia dan telus. Kelihatan tidak ada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meskipun BERSIH telah berkempen untuk reformasi sistem sejak dua tahun sebelum ini.
Pemerhatian yang dilakukan ke atas pengeluaran kertas undi pada hari Sabtu, 1 Mac 2008 di kawasan P118 Setiawangsa oleh wakil calon pembangkang Ibrahim Yaacob telah mendedahkan tiga kesalahan serius: pencabulan hak kerahsiaan identiti pengundi; peluang terbuka untuk pihak lain mengundi bagi pihak lain; dan pendaftaran bertindan. Ini adalah antara sebab mengapa BERSIH mendesak supaya undi pos ini dimansuhkan ke atas anggota keselamatan dan keluarga mereka.
BERSIH menggesa rakyat – di dalam Negara dan di luar negara – untuk menyatakan sokongan melalui kempen tandatangan untuk mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja Reformasi Pilihanraya selepas Pilihanraya Umum ke-12 ini dengan bidang kuasa untuk menyemak semula proses pilihanraya dan menyiasat sebarang aduan dan dakwaan salahlaku dan kekeliruan. Pada masa ini, kami mendesak SPR untuk menyediakan pemerhatian sepenuhnya ke atas proses pengundian pos di kem-kem tentera dan balai-balai polis pada kadar segera untuk mengurangkan potensi penyelewengan.
Berikut adalah merupakan salahlaku yang dikesan di dalam proses ini:
1. Tidak ada jaminan ke atas kerahsiaan identiti dan undi. Kit Pengundi Pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2- ‘Borang Deklarasi Indentiti’ yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi. Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.
2. Pengundian oleh pihak lain tidak dihalang sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis. Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila ‘pihak ketiga’ boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula. Malah, tuduhan ke atas ‘pengundian secara proksi’ yang diarahkan oleh pegawai senior polis atau tentera akan terus mencemarkan kesahihan proses pilihanraya di Malaysia, lantas meletakkan Malaysia tidak jauh berbeza daripada Negara autokratik di Asia Tengah dan Transcaucasia.
3. Pengundi bertindan. Dalam pemerhatian kami, penyediaan Kit Pengundi Pos di kawasan Setiawangsa sahaja, 6 pengundi telah disertakan dengan 2 kertas undi setiap seorang Nama yang terlibat adalah seperti berikut:
Kod : 188/00/12/600
No Siri : 11856
Nama : Nesam Banu Bt Mohamad Fahmi
No Kad : T375594
No Siri : 3896
Nama : Husaini b Mohd Said
No Kad : T0534732
No Siri : 3897
Nama : I’sak b Ali bawah
No Kad : T0534736
No Siri : 2700
Nama : Aishah bte Che Mat
No Kad : 761007-06-5728
Kod : 118/00/12/431
No Siri : 3906
Nama : Zulkhairi b Zainun
No Kad : T533580
93 Rejimen Semboyan, WP.
No Siri : 3954
Nama : Mohd Kamal b Keliwon
No Kad : T534766
93 Rejimen Semboyan, WP.
Dikeluarkan oleh:
Ibrahim Yaacob (Calon KeADILan, P 118 Setiawangsa)
Sivarasa Rasiah (Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH, Naib Presiden KeADILan)
Tian Chua (KeADILan Information Chief)
Faisal Mustaffa (BERSIH Secretariat)