Tuan Fong Kui Lun [DAP-Bukit Bintang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan aduan yang diterima sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum 2008 daripada calon-calon dan orang ramai berhubung kesalahan ilihan raya dan apakah tindakan yang diambil ke atasnya.
ANSWER:
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke 12, yang bermula dari 25 Februari hingga 7 Mac 2008, SPR telah menerima sebanyak 418 aduan baik daripada calon-calon yang bertanding dan juga orang ramai berhubung dengan sesuatu kesalahan kempen pilihan raya. Aduan-aduan tersebut adalah seperti berikut:
a) 394 mengenai kesalahan menggantung bahan-bahan kempen seperti kain rentang, poster, sepanduk dan sebagainya di tempat yang tidak dibenarkan, yang tiada permit dan sebagainya.
b) 1 mengenai kesalahan bahan-bahan penerbitan yang diedarkan untuk bacaan orang ramai seperti risalah, broser dan sebagainya.
c) 23 mengenai ceramah yang mengandungi bahan-bahan yang menyalahi undang-undang pilihan raya seperti ceramah yang tiada permit dan sebagainya.
2. Bagi aduan yang di bawah bidang kuasa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya yang ditbuhkan di etiap bahagian pilihan raya Parlimen, tindakan-tindakan selanjutnya sepert menurunkan poster-poster, merampas bahan-bahan penerbitan dan meminta penceramah-penceramah memberhentikan ceramah mereka telahpun diambil.
3. Manakala bagiaduan-aduan yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis, ia telah diambil tindakan oleh pihak polis.