Parliament Question 5 May 2008 #47

Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [BN-Tuaran] to ask the PRIME MINISTER to state measures taken by the Government to tackle the issue of illegal immigrants and fake indentity cards.

JAWAPAN:
Dasar kerajaan dalam menangani masalah kehadiran pendatang tanpa izin 9PTI) adalah jelas iaitu mempertingkatkan tindakan pencegahan, pendakwaan dan pengusiran PTI balik ke negara asal masing-masing.
Langkah pencegahan dilaksanakan dengan mempertingkatkan kawalan di kawasan perairan, sempadan dan pintu masuk ke negara ini, Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga sedang dan akan terus mempertingkatkan tindakan-tindakan mengesan, menagkap, mendakwa dan mengusir golongan ini, Namun demikian, pihak Kerajaan juga sedar bahawa keberkesanan usaha-usaha ini memerlukan kerjasama dari rakyat tempatan terutamanya dari segi pemberian maklumat akan kehadiran mereka sesrta tidak memberikan pekerjaan dan perlindungan kepada mereka. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan juga sedang dan akan terus melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan kesedaran dan kerjasama rakyat tempatan dalam menangani masalah ini.
Bagi memperhebatkan lagi tindakan pengusiran, dua buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) yang baru sedang dibina masing-masing di Papar dan Sandakan. Sementara itu, blok tahanan tambahan di Pusat Tahanan Tawau ditambah daripada empat kepada enam buah blok.
Penambahan PTS di Papar dan Sandakan serta pembesaran PTS Tawau adalah kepada bilangan PTS yang sedia ada di Sabah sekarang.
Sekian, terima kasih.