Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [PAS-Marang] to ask the MINISTER OF HOME AFFAIRS to state the progress of police’s investigation on the individuals accused of importing indelible ink similar to the one supposed to be used by EC in the 12 General Election and who are these individuals and when are theygoing to be charged.
ANSWER:
Tuan Yang Dipertua,
Izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan dri Ahli Yang Berhormat marang bertarikh 7 Mei 2008 kerana ia mengenai perkara yang sama. Saya mengucapkan berbanyak terima kasij kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dri Batu Gajah dan marang yang telah mengemukakan soalan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tiga kertas siasatan telah dibuka di baah Seksyen 420/511, Kanun Keseksaan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia. Laporan polis dibuat oleh beberapa individu yang bimbang dengan penggunaan dakwat tersebut kerana mendakwa dakwat berkenaan kononnya boleh diperolehi secara mudah di negara Thailand. Mereka bimbang ada pihak-pihak yang berkepentingan akan menyalahgunakan dakwat tersebut di dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu.
Tuan Yang Dipertua,
Setelah laporan tersebut diteliti dan pihak polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut. Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dengan kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenal secara positif.
Tuan yang Dipertua,
Kertas siasatan tersebut telah dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac 2008 dan pada 21 Mac 2008, kes ini diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) / kertas untuk simpanan (KUS).