Puan Hajah Fuziah Salleh [PKR-Kuantan] to ask the Prime Minister to explain how the names of voters with old IC numbers that were on the 2004 electoral roll and removed in 2006, were reinstated in 2008 with new and old identity card numbers.
JAWAPAN : Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah dapat mengesan sebanyak 22433 orang peilih yang tiada memilik kad pengenalan 12 angka pada tahun 2004. Oleh kerana terdapatnya keraguan ke atas pemilih berkenaan, nama-nama pemilih pada thaun 2006 untuk tujuan semakan lanjut. Hasil daripada semakan yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR mendapati 6235 orang telah dimasukkan semula ke alam daftar pemilih. Bagi baki senarai nama pemilih yang berjumlah 16,198 orang ianya telah dihantar ke pejabat-pejabat pilihanray Negeri untuk tujuan semakan di peringkat tempatan. Hasil daripada semakan yang dibuat, SPR mendapati 1745 orang pemilih masih lagi hidup, 1583 orang telah meninggal dunia dan 11842 orang lagi tidak dapat dikesan. Disamping itu, 1028 orang pemilih lagi masih dalam siasatan.
Untuk makluman Ahli Berhormat, Urus setia SPR akan memperakukan nama-nama 1745 orng pemilih yang masih hidup kepada Panel SPR supaya dimasukkan ke dalam daftar pemlih semasa. Kemasukan nama-nama pemilih ini dijangka dapat diselesaikan dalam urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih bagi suku kedua tahun 2008 ini. Siasatan bagi 1028 orang pemilih yang belum selesai akan dilakukan sedikit masa lagi.
Manakala bagi 11842 orang pemilih yang tidak dapat dikesan akan diputuskan oleh Panel SPR dan pemilih yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.
Sekian, terima kasih