Puan Fong Po Kuan [DAP-Batu Gajah] to ask the PRIME MINISTER to state whether any investigation has been done to find out why the 72,058 postal votes were not returned during the last General Election, to where these votes have gone and what are the shortcomings identified by the Election Commission.
ANSWER:
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia hanya bertanggungjawab kepada kertas-kertas undi pos yang dikembalikan sebelum jam 5.00 petang sahaja. Bagi kertas-kertas undi pos yang tidak dikembalikan sebelum jam 5.00 petang ianya bukan lagi di bawah bidang kuasa SPR. Oleh itu, SPR tidak perlu melakukan siasatan untuk mencari punca-punca ada kertas-kertas undi pos tidak dikembalikan dan di mana ianya berada. Mengikut undang-undang, selepas undi pos dikeluarkan, ianya terpulang kepada tindakan pemilih sendiri. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di malaysia, adalah menjadi hak seseorang pengundi untuk mengundi ataupun tidak.