Parliament Question 30 June 2008 #39

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [PKR-Kuantan] to ask the PRIME MINISTER to state:-
a) whether indelible ink for usage in the 12 General Election was not used but was sold before its expiry date; and
b) state the price and the buyer.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [PKR-Kuantan] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
a) sama ada dakwat kekal untuk kegunaan di kuku bagi kegunaan pilihan raya ke 12, telah tidak digunakan, dan dijual sebelum tarikh lupusnya; dan
b) berapakah harganya dan siapakah pembelinya.

ANSWER:
Tuan Yang Di Pertua,
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwat kekal untuk kegunaan di kuku yang tidak dapat digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas masih di dalam simpanan Suruhanjaya Pilihan Raya 9SPR) Malaysia. Ianya belum dapat dijual lagi kerana pihak-pihak yang berminat untuk membelinya belum lagi membuat keputusan.
b) Oleh kerana pihak yang berminat untuk membeli dakwat kekal tersebut belum lagi membuat keputusan, maka SPR tidak dapat memaklumkan harga jualan dan pihak yang membelinya.
Sekian, terima kasih.