Tuan Gwo-Burne Loh [PKR-Kelana Jaya] to ask the PRIME MINISTER to state whether the election commission will abolish postal ballot in view of the bias that occurred in the previous General Election.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Kenyataan bahawa terdapat banyak kes kepincangan amat tidak bertanggungjawab, Dalam pilihan raya jika ada kes dan bukti, Yang Berhormat boleh bawa ke mahkamah. Ynag Berhormat tidak perlu melempar tuduhan liar untuk kepentingan politik.
Untuk makliman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Malaysia tidak mempunai kuasa untuk menentukan sama ada undi pos perlu dikekalkan atau dihapuskan. Ini disebabkan Perkara 119 (1)(b) Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan hak mengundi bagi golongan ‘Pengundi Tidak Hadir’. Dalam melaksanakan urusan pengundian bagi ‘Pengundi Tidak Hadir’ ini, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 telah digubal. Mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan tersebut, ‘Pengundi Tidak Hadir’ adalah layak untuk mengundi secara pos.