Puan Teresa Kok Suh Sim [DAP-Seputeh] to ask the PRIME MINISTER to state the reason for the government to have those at age of 21 as voters whereas most foreign countries has set at age 18. Whether the Government plans to have an automatic registration for voter who reach the age of 21.
Answer:
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan berpendapat umur matang bagi seseorang warganegara Malaysia adalah 21 tahun. Sebelum umur tersebut, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah masih lagi dalam peringkat persekolahan. Ini berbeza dengan negara-negara lain di dunia terutamanya di Barat di mana tempoh kematangan rakyatnya adalah lebih muda kerana mempunyai tahap pendidikan yang tinggi di peringkat umur umur lebih muda. Oleh yang demikian, kerajaan telah menentukan, umur mengundi bagi seseorang warganegara Malaysia adalah apabila berumur 21 tahun.
b) Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun. Ini disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan. Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia boleh menyebabkan timbulnya beberapa kesulitan kepada pemilih itu sendiri, Ini kerana, jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya beliau telah berpindah ke suatu tempat baru ttapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka seseorang pemilih itu akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.
Peraturan ini tidak mematuhi kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku pilihan raya, maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka tertelatak jauh dari tempat kediaman mereka.
Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Berasaskan pada hakikat ini, maka kerajaan belum lagi bersedia untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik.