Parliament Question: 7 July 2008

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [PKR-Gombak] to ask the PRIME MINISTER to state the reason for the four contradicting statements made by the EC’Chairman, Inspector General of Police, Home Affairs Minister and Prime Minister himself, regarding the indelible ink issue.

ANSWER:
Persepsi percanggahan ini mungkin berpunca daripada kenyataan Pengerusi SPR bernading dengan pendirian Jemaah Menteri. Pengerusi SPR telah dilaporkan sebagai mengatakan bahawa SPR telah diarah untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal atau “indelible ink” dalam pilihanraya yang lalu. Dalam realiti, Jemaah Menteri tidak pernah mengarah Pengerusi SPR untuk berbuat demikian; oleh itu kenyataan Pengerusi SPR dirasakan adalah kurang tepat. Benar, Jemaah Menteri tidak menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal tetapi Jemaah Menteri hanya meminta Pengerusi SPR menimbangkan perkara tersebut, dengan mengambilkira isu bahawa pelaksanaan dakwat kekal mungkin akan bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini berbangkit dalam mesyuarat Jemaah Menteri dua minggu sebelum pembubaran Parlimen.
Peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi tanpa syarat termasuk syarat mencalit jari dengan dakwat kekal. Hak untuk memilih tidak boleh
dinafikan kepada pemilih yang tidak mahu mencalit jari mereka atau mereka yang telah dicalit jarinya. Hak untuk mengundi hanya boleh dinafikan jika pemilih berdaftar hilang kelayakan untuk mengundi di bawa undang-undang.
SPR diberitahu oleh Jemaah Menteri mengenai isu ini dan SPR telah kembali dengan cadangan bahawa mereka akan menyediakan borang sumpah di setiap tempat mengundi bagi mereka yang teah mengundi tetapi tidak mahu dicalit. Jemaah Menteri telah menjawab balik bahawa cadangan ini tidak akan dapat mengelak daripada pengundian dua kali. Walaubagaimanapun, samada tindakan untuk meneruskan atau tidak masih terpulang kepada SPR sebagai badan yang bebas.
Berkenaan kenyataan dari Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri pula, Kerajaan berpendapat bahawa sebenarnya tiada percanggahan. Ketua Polis Negara menyatakan bahawa pihak PDRM telah menerima empat laporan berasingan tentang rancangan untuk sabotaj proses pilihanraya dengan menggunakan dakwat kekal di Perlis, Kedah dan Kelantan. Ketika pihak polis masih lagi menyiasat laporan-laporan tersebut, pihak SPR telah membatalkan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mac 2008. Setelah siasatan dilakukan, pihak Polis tidak mendapati bukti yang cukup kukuh untuk menyokong laporan-laporan tersebut; dapatan inilah yang terkandung di dalam jawapan Menteri Dalam negeri ke Dean Rakyat pada 7 Mei 2008.
Kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan, Kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut Kerajaan. namin begitu. Kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi daripada kenyaaan-kenyataan yang mungkin mengelirukan, demi kredibiliti institusi Suruhanjaya dan proses pilihanraya berdemokratik negara.
Sekian, teriima kasih.