Tuan Sim Tong Him [DAP-Kota Melaka] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan polis yang dibuat atas Suruhanjaya Pilihan Raya dan berapa kes yang tidak perlu diambil tindakan selanjutnya.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Polis Diraja Malaysia telah menerima sebanyak 93 laporan yang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 kes sedang disiasat manakala 65 kes tidak perlu diambil tindakan.