ROADSHOW BERSIH 2.0 : FORUM IN KELANTAN

Latarbelakang
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di Malaysia. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:
* Perlembagaan Persekutuan;
* Perlembagaan Negeri;
* Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);
* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
* Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;
* Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;
* Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Dari prinsip asasnya undang-undang dan peraturan adalah bertujuan supaya matlamat pilihanray itu tercapai yaitu sebagai instrument rakyat memilih wakil-wakil mereka bagi tujuan mentadbir negara.Oleh itu sebagai instrumen ianya perlu tepat dan konsisten dengan matlamat itu.Dengan itu undang-undang dan peraturan itu mesti anjal dan bersesuian dengan masa dan hendaklah ianya ditambah baik atau diperbaiki supaya rakyat bebas untuk mengundi dan adil di dalam proses perjalanannya.
Tetapi selepas lebih 50 tahun merdeka banyak berlaku penyelewangan di dalam proses pilihanraya seperti sistem yang berdasar kepada sistem Inggeris first-past-the post,pengurusan badan yang tidak telus serta berat sebelah,proses pilihanraya yang tempang.Ia berlaku samada jelas bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada atau pun ada undang-undang yang sudah lapuk serta tidak relevan lagi seperti peruntukan undi pos.
Objektif Program
1. Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang sistem dan proses pilihanraya yang tidak telus,tidak adil serta penuh dengan kesalahan
2. Menjelaskan kepada rakyat usaha-usaha yang perlu dibuat secara bersama
3. Menuntut pihak berkuasa supaya menyahut tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya bebas,bersih dan adil
Sasaran program
Masyarakat umum di dalam dan luar bandar

Jangkaan Kehadiran

Antara 1000-1500 orang
Tempat
Dewan Besar Balai islam Lundang
Ahli Panel
1) YB Datuk Husam Musa
2) Dr. Toh Kin Woon
3)Prof Dr Abd Aziz Bari
Moderator:Prof Dr Abu Hasan Hasbullah
Forum Bersih 2.0 :PRU-13:Membersihkan pilihanraya demi masa depan rakyat
Bentuk Program
Forum dan soal jawab
Pra Forum: Sesi Bersama Zunar di KB Mall 21hb Jan @ 3.30ptg
Pasca Forum: Bengkel Karton Dan Kartonis Masyarakat bersama Zunar dan Rossem 22hb Januari 2011.
Tarikh dan Masa
21 hb Januari 2011(Jumaat) 9.00-11.30 malam
Jawatankuasa Anjuran
Anjuran Bersama:
1. Gabungan NGO Negeri Kelantan
2. Urusetia Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan
3. Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan
Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk
Penaung
YB Hj Abdul Fattah Mahmood
Pengerusi
Dr Abdul Halim Yusof
Timbalan Pengerusi
Hj Mohamad Saidy Ismail
Setiausaha
Nurul Aeinani Mat
Penolong Setiausaha
Wan Abdullah Aqili Wan Jusoh
Bendahari
Hj Ubaidah Yaakub
AJK
Ahmad Shauki
Mohd Amir
Hasan Shukri
Zahari Sidek
Mohd Nuri Mustafa
Hj Wan Abdul Halim wan Ismail