Kenyataan rasmi: Titah Khas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong


  1. BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya.
  2. BERSIH 2.0 akan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.
  3. BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional.

 
Yang setia,
Ahli Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

*

BERSIH 2.0: Special Decree of Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

  1. BERSIH 2.0 expresses our appreciation for the understanding and support of Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong of the people’s aspiration for electoral reform.
  2. BERSIH 2.0 will abide by the decree of Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong on the urgent need for dialogue and reconciliation, to facilitate the emergence of a national consensus on electoral reforms and democratization.
  3. BERSIH 2.0 seeks an audience with Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong to present the people’s concerns and aspirations for urgent and speedy electoral reforms and democratization in full support of the wish of Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong for national reconciliation.

Faithfully,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.