Panduan/Guideline: OPS KUNINGKAN MALAYSIA

Organise an OPS KUNINGKAN MALAYSIA event!
The BERSIH 2.0 movement for electoral reform does not end with the 9 July rally. Malaysians wishing for free and fair elections must not forget that the 8 immediate demands for Perhimpunan BERSIH 2.0 have yet to be achieved.
BERSIH 2.0 calls on all supporters of free and fair elections to continue participating in shaping a more democratic Malaysia. We encourage everyone to wear YELLOW on Saturday as a symbol of support. BERSIH 2.0 will continue OPS KUNINGKAN MALAYSIA until our electoral system is reformed to ensure free and fair elections.
The BERSIH 2.0 global solidarity rallies around the world were made possible because individuals in each country decided to organise it. That is the power of individual action.
Similarly, BERSIH 2.0 would also like to encourage individuals to initiate their own OPS KUNINGKAN MALAYSIA events on Saturday.
Here is a guideline on how you can organise your own OPS KUNINGKAN MALAYSIA event:
1. SET AN ACTIVITY
– MAKAN MINUM KUNING! Malaysians’ favourite past time typically involves eating. Just pick a mealtime (breakfast, lunch, tea, dinner or supper) and location and spread the word!
– WAYANG KUNING! Planning to watch the latest movie release? Set a movie time, date and cinema location and flood the cinema with yellow.
– PERKELAHAN KUNING! Take advantage of the good weather and have a potluck picnic. Pick a nice park (or beach if you live near one), bring some mats and get people to bring a dish to share. Make sure the dishes are halal and beef-free.
– KUNINGKAN HUTAN RIMBA! If you are a fan of outdoor activities, organise a trekking trip at your nearest hill/jungle.
These are just some ideas for activities. We are certain that you have more creative ideas for events.
 
2. WHAT TO DO DURING OPS KUNINGKAN MALAYSIA
– Wear anything yellow: Scarf, shoes, socks, necklace, contact lenses, shirt, pants, hat, dress and etc.
– Share #BersihStories: What did you do on 9 July? What persuaded you to go for the rally? If you didn’t go for the rally, how did you show support for BERSIH 2.0? What was your experience at the rally like?
– Discuss 8 demands: What do you think about BERSIH 2.0’s immediate demands? Are they reasonable? Why do you support the demands? What has been the response of the Election Commission lately?
– Collect signatures for the petition to free the 6 Parti Sosialis Malaysia leaders who are detained under the Emergency Ordinance for supporting BERSIH 2.0. Download the petition.
– Take action: Is everyone interested in taking further action or are they happy with showing support? Do they want to write letters/start a petition/organise another OPS KUNINGKAN MALAYSIA event?
– Take pictures! And send them to [email protected] or post them on the BERSIH 2.0 Official Facebook Page
 
3. PUBLICISE THE EVENT
– Once you set the details of the event, you can create a Facebook event page.
– Email your event details with the link to the event page to [email protected]
– The BERSIH 2.0 Secretariat will compile and publicise a weekly schedule of OPS KUNINGKAN MALAYSIA events.
We hope that Malaysians in every state and town will initiate their own OPS KUNINGKAN MALAYSIA events.
 
**************************************************************************************

Anjurkan acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA!
Gerakan rakyat BERSIH 2.0 demi reformasi sistem pilihan raya tidak berakhir dengan perhimpunan pada 9 Julai. Rakyat Malaysia yang inginkan pilihan raya yang bebas dan adil harus ingat bahawa 8 tuntutan segera Perhimpunan BERSIH 2.0 belum lagi tercapai.
BERSIH 2.0 menyeru semua penyokong pilihan raya bebas dan adil untuk terus mengambil bahagian dalam membentuk negara Malaysia yang demokratik. Kami menyeru kepada semua untuk memakai KUNING pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan sokongan. BERSIH 2.0 akan meneruskan OPS KUNINGKAN MALAYSIA sehingga sistem pilihan raya direformasikan untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil.
Perhimpunan solidarity global BERSIH 2.0 di serata dunia dijayakan kerana individu-individu di setiap negara mengambilkan inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Itulah kuasa tindakan seorang individu.
Oleh itu, BERSIH 2.0 ingin menggalakkan individu-individu untuk mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara-acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA pada hari Sabtu.
Berikut adalah panduan untuk anda menganjurkan acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA:
 
1. TETAPKAN AKTIVITI
– MAKAN MINUM KUNING! Aktiviti kesukaan warga Malaysia biasanya melibatkan makanan. Pilih satu masa dan tempat untuk sesi makan-makan dan sebarkan maklumat mengenai acara ini.
– WAYANG KUNING! Adakah anda merancang untuk menonton filem terbaru di panggung wayang? Tetapkan satu masa, tarikh dan tempat dan banjirkan panggung wayang dengan warna kuning.
– PERKELAHAN KUNING! Cuaca di Malaysia memang baik dan kami patut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan perkelahan “potluck”, iaitu semua orang yang hadir akan bawa makanan sendiri untuk dikongsi oleh semua. Tetapkan tempat di pantai atau taman dan bawa tikar. Pastikan semua makanan adalah halal dan tidak mengandungi daging lembu.
– KUNINGKAN HUTAN RIMBA! Sekiranya anda menyukai aktiviti-aktiviti luar, bolehlah menganjurkan acara meredah hutan atau mendaki gunung di hutan atau bukit yang berdekatan.
Ini hanya cadangan-cadangan untuk aktiviti yang boleh diadakan. Pasti ada aktiviti-aktiviti kreatif lain yang anda boleh fikirkan.
 
2. APA YANG BOLEH DIBUAT KETIKA OPS KUNINGKAN MALAYSIA
– Pakai apa-apa yang berwarna kuning: Tudung, kasut, sarung kaki, rantai leher, kanta mata, t-shirt, seluar, topi, gaun dan lain-lain.
– Saling berkongsi cerita-cerita Bersih: Apakah yang anda buat pada hari 9 July? Apakah yang mendorong anda untuk pergi untuk perhimpunan tersebut? Sekiranya anda tidak pergi untuk perhimpunan tersebut, bagaimanakah anda menunjukkan sokongan untuk BERSIH 2.0? Bagaimanakah pengalaman anda di perhimpunan tersebut?
– Bincangkan 8 tuntutan BERSIH 2.0: Apakah pendapat anda mengenai tuntutan segera BERSIH 2.0? Adakah tuntutan-tuntutan tersebut berpatutan? Mengapakah anda menyokong tuntutan-tuntutan tersebut? Apakah tindak balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap tuntutan tersebut baru-baru ini?
– Kumpulkan tandatangan untuk petisyen menuntut pembebasan 6 ketua Parti Sosialis Malaysia yang ditahan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat akibat menyokong BERSIH 2.0. Muat turun petisyen tersebut
– Ambil tindakan: Adakah semua orang berminat untuk mengambil tindakan selanjutnya atau mereka berpuas hati dengan setakat menunjukkan sokongan? Adakah mereka ingin menulis surat/membuat petisyen/menganjurkan satu lagi acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA?
– Ambil gambar! Hantar gambar-gambar acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA ke [email protected] atau letakkan di laman Facebook BERSIH 2.0 yang rasmi.
 
3. HEBAHKAN ACARA
– Setelah maklumat terperinci acara tersebut ditetapkan, anda boleh ciptakan satu laman acara di Facebook.
– Emel maklumat acara tersebut kepada [email protected]
– Sekretariat BERSIH 2.0 akan mengumpulkan dan menghebahkan senarai mingguan acara-acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA.
Kami berharap rakyat Malaysia di setiap negeri dan pekan akan mengambil inisiatif untuk mengadakan acara-acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA sendiri.