Kepada Ketua Pengarang,
Menurut pembentangan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism) pada 24 Ogos; antara tarikh 25 June dan 11 Julai, sejumlah 771 laporan mengenai BERSIH 2.0 oleh empat media massa tempatan telah dicatatkan. Keputusan analisa ini adalah sangat mengejutkan: 79.10% berita-berita berunsur negatif manakala hanya 20.5% daripada jumlah laporan tersebut menyatakan tuntutuan BERSIH 2.0. Di samping itu, hanya 8.5% daripada laporan tersebut mendapat sumber maklumat secara langsung daripada BERSIH 2.0.
Dengan pemahaman bahawa kebarangkalian lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk sampai kepada semua rakyat Malaysia adalah tipis, BERSIH 2.0 ingin meminta kolumn mingguan dalam surat khabar terbitan pihak tuan/puan.
Perdana Menteri pada 15 Ogos 2011 telah menyatakan bahawa undang-undang penapisan media yang wujud sekarang sudah tidak berkesan pada zaman ini. Kami memuji pengakuan beliau bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak lagi berkesan dan tidak produktif.
Sehubungan dengan itu, kami mengalukan surat khabar anda untuk bersama kami dalam menuntut media yang bebas dan tidak berat sebelah. Media cetak patut dibenarkan untuk melaporkan kebenaran tanpa ketakutan. Liputan yang seimbang dari semua sangat penting untuk sesebuah media diakui sebagai tidak berat sebelah. Dan seharusnya media cetak tidak patut dihalang untuk membuat sedemikian.
BERSIH 2.0 mempunyai sekumpulan penulis yang berupaya untuk menulis komentari mengenai isu-isu yang berkenaan BERSIH 2.0 dan tuntutannya. Kami berharap tuan/puan dapat mempertimbangkan permintaan kami dengan fikiran yang terbuka untuk membawa perspektif kami mengenai mereformasikan pilihan raya dalam negara ini.
Jawapan positif daripada pihak tuan/puan adalah sangat diharapkan oleh kami, sila hubungi kami di [email protected] atau 016-2208784 untuk perbincangan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson),
9 September 2011
Dear Chief Editor,
An Open Letter: Requesting a Column to Chief Editor of Malaysia Print Media for BERSIH 2.0
According to the presentation given by the Centre for Independent Journalism (CIJ) on 24 August; between 25 June and 11 July, a total of 771 articles reporting on BERSIH 2.0 by 4 mainstream newspapers were recorded. The result of the analysis was shocking: 79.10% of the news reports are negative while only 20.5% of the reports made mention of BERSIH 2.0’s demands, and only 8.5% of the reports sourced information directly from BERSIH 2.0.
Understanding that BERSIH 2.0’s 8 key demands might not reach out to all concerned Malaysians, BERSIH 2.0 would like to request a weekly column in your newspaper.
Prime Minister expressed on 15 August 2011, his realization, that existing media censorship laws are no longer “effective” in this day and age. We laud his acknowledgement that the Printing Press and Publication Act 1984 is ineffective and counter-productive.
We, therefore, invite your newspaper to join us in our continuous efforts to demand for a media that is free and impartial. The print media should be allowed to report the truth without fear of repression. Equal coverage of both the government and the opposition is also vital for a media to be regarded as impartial, and the written press should not be restricted from doing so.
BERSIH 2.0 has a score of writers who are able to write fair commentaries on issues surrounding BERSIH 2.0 and its demands. We kindly request your consideration for an allocation of a column to represent our perspective on electoral reforms in this country. We look forward to your favourable reply, please contact us at [email protected] or 016-2208784 for further discussion.
Thank you.
Yours sincerely,
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), And