Pelancaran Kempen BERSIH 2.0: “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” (BM/Eng)

Pelancaran Kempen BERSIH 2.0: “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

 BERSIH 2.0 ingin mengumumkan bahawa kami akan mengadakan satu kempen baru iaitu “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”. Kempen ini adalah lanjutan kepada 8 tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011.
 
Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai 8 tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) sebelum 8 tuntutan segera BERSIH 2.0 ditunaikan. PRU-13 tidak harus dilaksanakan tanpa memastikan tuntutan-tuntutan minima untuk pilihanraya bebas dan adil dipenuhi.
 
Oleh itu, BERSIH 2.0 menjemput semua rakyat Malaysia yang menyokong dan mempunyai minat untuk menghadirkan diri di majlis pelancaran kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” di mana kami akan memberi penjelasan terperinci mengenai kempen tersebut.
Butiran majlis pelancaran kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”:
Tarikh  : Jumaat, 30 September 2011
Masa    : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
 
 
Salam Bersih,
 
Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
 
Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

*

Press Statement: 23 September 2011

Launch of BERSIH 2.0 campaign: “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

 
BERSIH 2.0 is pleased to announce that we are having a new campaign called “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” (Implement the 8 Demands Before GE-13). This campaign is held as a follow up to the 8 demands of the 9 July Perhimpunan BERSIH 2.0.
 
The campaign aims to continue spreading awareness of the 8 demands of electoral reform and to remind the government that the 13th General Election (GE-13) should not be held before the 8 immediate demands of BERSIH 2.0 are implemented. GE-13 must not be held until the bare minimum of free and fair election is met.
 
BERSIH 2.0, therefore, invites all interested and supporting Malaysians to attend the launch of the campaign “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” during which we will explain further on the campaign.
 
Details of the Launch of “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” Campaign:
 
Date  : Friday, 30 September 2011
Time  : 8.30pm
Venue: KL Selangor Chinese Assembly Hall, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
 
Salam Bersih,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)
 
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.