BERSIH 2.0: RAKYAT AMBIL DUA LANGKAH MELAWAN PENIPUAN!

KENYATAAN AKHBAR, 16. May 2012
Sesudah 28  April yang lalu  BERSIH 2.0 telah muncul lebih gagah bertenaga untuk menjadi satu gerakan massa yang ampoh. Ketika BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH, rakyat seluruh negara melihat dengan mata kepala bagaimana  anak semua bangsa telah banguan merampas kembali hak mereka untuk mendapat satu sistem  pilihan raya yang adil dan bersih.  Bersama-sama warga Malaysia di dalam dan luar negara, jumlah  yang turun ke jalan raya di BERSIH 3.0 adalah yang terbesar dalam sejarah perjuangan masyarakat madani.
Tetapi waspada, perjungan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih masih belum selesai.
Bukti-bukti tentang penipuan baru telah ditemui dan  diumumkan tetapi tidak ada langkah yang diambil untuk menghapuskan penipuan ini. Jawatan Kuasa  Khas  Parlimen Pembaikan Pilihanraya telah gagal seratus peratus. Tidak cukup dengan kegagalan ini , rancangan untuk  menipu dalam pilihan raya masih diteruskan. Ini saheh terbukti melalui pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telah diluluskan dengan tergesa-gesa di Parlimen. Nasib baik rancangan penipuan ini telah dibogelkan dan pindaan ini ditarik kembali.
Lembaga Suruhan Pilihan  Raya dan juga kerajaan  tidak ada  sedetik  niat  untuk membaiki  dan mereformasi sistem pilihan raya. Jauh sekali untuk memastikan pekara yang paling fudumental –  senarai nama pemilih – dibersihkan.  Jelas dan saheh bahawa  lembaga SPR dan kerajaan tidak boleh dipercayai untuk  menjalankan PRU13 yang akan datang ini dengan adil dan bersih. Maka BERSIH 2.0 menyeru –  anak semua bangsa – rakyat Malaysia untuk bangun melawan penipuan.
Langkah pertma yang wajib kita lakukan ialah KELUAR MENGUNDI – LAWAN PENIPUAN. BERSIH 2.0  menyeru semua warga yang berdaftar mengundi akan menggunakan undi mereka sebagai benteng untuk melawan penipuan. Kami menyeru rakyat  Malaysia – anak semua bangsa –  untuk beramai-ramai bertekad  keluar mengundi. Marilah kita keluar beramai-ramai mengundi  dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia.
Langkah kedua  yang wajib kita lakukan untuk memastikan PRU13 ini adil dan bersih  ialah  memerhatikan dengan mata  yang tajam jika berlaku penipuan. Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini. Kita memerhati  ketika masa berkempen dan di hari membuang undi. BERSIH 2.0 sedang bekerjasama dengan TINDAK MALAYSIA dan JOM PANTAU! untuk melatih para sukarelawan. Para sukarelawan inilah akan memainkan peranan  yang amat penting sebagai Pemantau,  Pegawai Pilihan Raya, Pengira Undi dan ajen untuk pengundi pos. Kami menyeru semua penyokong BERSIH  untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi Pemantau, Pengira Undi dan Ajen Pengundi.
Tindak Malaysia telah menjalankan  banyak latihan diseluruh negara untuk melatih Ajen Pengundi,  Pengira Undi dan Ajen Barung (PACABA). Sukarelawan untuk PACABA adalah petugas yang paling penting kerana mereka adalah dibarisan hadapan untuk mencium bau penipuan. Juga mereka akan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dalam penipuan. Dan memastikan pegawai pilihan raya mengikut peraturan.
Jom Pantau! ialah badan pemantau yang bekerjasama dengan Malaysian Observers Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM)  dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Semua warga boleh mengambil bahagian dalam pemantauan pilihan raya.  Warga boleh membuat laporan jika ternampak ada penipuan,  ada penyalah guna kuasa atau terlihat  tindakan dan kerja yang tidak mengikut peraturan. Semua ini boleh diloporan kepada umum di www.pru13.info.
Bersama ini disertakan senarai bengkel yang akan diadakan oleh Tindak Malaysia dan Jom Pantau!. Ianya terbuka untuk semua warga negara.
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
 
Jawatankuasa Pemandu  BERSIH 2.0  adalah:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said  Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.