Jawapan BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

bersih2letterhead_new

Kenyataan Akhbar, 14 Februari 2013

Jawapan BERSIH 2.0  kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

 

BERSIH 2.0 merasa amat kecewa dengan kenyataan tebaru dari  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar. Timbalan Pengerusi SPR ini telah menuduh Dato’ Ambiga Sreenevasan “meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara-perkara palsu.” Juga menuduh “beberapa kumpulan” sedang menanamkan “ajaran ‘jangan percaya’.” Kami melihat kenyataan ini jahat dan tidak bertanggung jawab. Ini adalah percubaan untuk mengalih pandangan orang ramai tentang pekara-pekara yang ditimbulkan oleh Kumpulan Masyarakat Madani dan pandangan umum tentang perlunya reformasi pilihan raya dilakukan.
Semenjak BERSIH 2.0 dilancarkan dalam tahun 2010 sebagai  Kumpulan Masyarakat Madani yang tidak berpihak, BERSIH 2.0 telah terus menerus menuntut dilakukan reformasi untuk mewujudkan pilihan raya yang  bersih, bebas dan adil.  Dari kes Likas tahun 2001 hingga ke kajian MERAP (Malaysian Electoral Roll Analysis Project), ditambah pula dengan kenyataan saki-saksi Siasatan diRaja Sabah membuktikan bahawa tuntutan BERSIH 2.0 adalah  berasaskan fakta. BERSIH 2.0 sendiri telah menerima rungutan dari orang ramai, termasuk dari warga diluar negara. Mereka menimbulkan tentang pemilihan yang penuh tipu helah termasuk  keganasan ketika berkempen hinggalah  tentang tatacara mengundi pos yang tidak jelas.
Berhadapan  dengan persoalan-persoalan ini, saranan kepada  orang ramai agar percaya dan yakin terhadap lembaga SPR agak tidak kena pada tempatnya. Ini  kerana kekusutan dan kacau bilau dalam sistem pemilihan itu masih belum dibetulkan.  Ancaman undi tipu masih wujud dalam sistem pemilihan yang sedia ada. Ini telah ditimbulkan dari kajian MERAP. Pekara ini disahehkan pula melalui “Ops Durian Buruk” di Sabah dimana pihak kerajaan sendiri dituduh terlibat. Dalam suasana ini tidak mungkin SPR ada wibawa untuk menuduh orang lain menyebar “ajaran ‘jangan percaya’.” Orang ramai boleh berfikir sendiri sama ada mereka percaya  atau tidak terhadap sistem pilihan raya yang ada sekarang.
Kami ingin mengingatkan SPR bahawa kumpulan Masyarakat Madani bersedia untuk membantu membersihkan senarai pengundi. BERSIH 2.0 baru-baru ini telah meminta SPR memulakan perbincangan rasmi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pilihan raya. Contohnya, kumpulan seperti MyOverseasVote dan parti politik – mereka  mahu menyelesaikan masalah tatacara undi pos. Usaha kami untuk membawa orang ramai kearah melahirkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil adalah langkah pertama untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pilihan raya. Memperkasa pengundi untuk  percaya terhadap lembaga yang diwujudkan ini akan memastikan sistem ini boleh diyakini.  Maklumat dan pemantuan pilihan raya adalah sebahagian dari proses ini.
SPR tidak seharusnya membuat tuduhan melulu tentang kekacauan. SPR seharusnya  menerima hakikat bahawa tuntutan BERSIH 2.0 adalah permulaan reformasi sistem pemilihan. Ini akan memperlihatkan pilihan raya yang akan datang ini sebagai telus, tidak ada penipuan dan syak wasangka. Tambahan pula, pada pandangan kami sistem undi pos tidak jelas atas sebab SPR sendiri. Perubahan tatacara sistem undi pos ini tetiba timbul. Seharusnya pekara ini telah difikirkan lebih awal.
BERSIH 2.0 sekali lagi menyeru semua warga Malaysia yang bermastautin di luar negara untuk mengambil peluang mengundi. Kami menasihati agar warga Malaysia di luar negara, jika berkemampuan sila pulang mengundi. Kepada yang tidak pulang sila mengundi cara pos.  Warga diluar negara wajib sedar mereka wajib mendaftar dahulu dan melamar untuk menjadi pengundi pos. Pada hemat BERSIH 2.0 perlu diadakan reformasi dan penambah baik, ketelusan dalam sistem undi pos. Akan tetapi, memulaukan undi pos tidak akan mengurangkan penipuan. Malah ini akan menambahkan lagi jumlah undi hantu yang akan membawa mudarat kepada pilihan raya. Setiap undi sah adalah penting.
Terima Kasih.
 
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
 
Jawankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.