Targeting Migrants is Not the SolutionMensasarkan Golongan Migran Bukan Penyelesaian

bersih2letterhead_new

Press Statement, 27 March 2013

Targeting Migrants is Not the Solution

BERSIH 2.0 is troubled by the ongoing demonisation of migrants in political ceramahs, videos circulated on social media, and leaflets distributed by various organisations. Human rights activists working with migrants have shared with us their concern that xenophobic, racist attacks against migrants may be on the rise due to fears over phantom voters and electoral fraud.
We are particularly disturbed by reports of online multimedia content and Facebook pages allegedly making partisan, xenophobic statements under the name of BERSIH 2.0. We wish to state clearly that we do not condone racism and xenophobia. Migrants in Malaysia already face widespread and often violent forms of discrimination, as amply documented by human rights organisations and the media.
BERSIH 2.0 understands and sympathises with the anger many Malaysians feel over the allegations of electoral fraud, especially following testimonies made by former government officials before the Sabah Royal Commission of Inquiry. It is even more disheartening that the instances of fraud appear to have been conducted with impunity, with those affected having few recourse to justice.
We remind everyone, however, that ultimately the responsibility for the situation lies with the Election Commission and other agencies empowered to take action against electoral fraud, including the Malaysian Anti-Corruption Commission. Targeting migrants will not change problematic laws such as Section 9A of the Election Act 1958, which prevents anyone from challenging the electoral roll in court. Hate crimes against migrants will not compel the Election Commission into acting on numerous allegations, including the alleged high number of untraceable new voters in Selangor.
Don’t let xenophobic and racist sentiments against migrants distract us from the larger battle at hand. We call on all political parties to take a strong stand discouraging attacks against migrants.
Thank you.
Salam BERSIH!
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.bersih2letterhead_new

Kenyataan Media, 27 Mac 2012

Mensasarkan Golongan Migran Bukan Penyelesaian

 
BERSIH 2.0 memandang berat terhadap kecaman berterusan terhadap golongan migran semasa ceramah-ceramah politik, video-video yang dikongsi dalam media sosial serta risalah-risalah yang diedarkan oleh pelbagai organisasi. Aktivis-aktivis hak asasi manusia yang bekerja dengan pihak migran telah berkongsi kerisauan mereka bahawa sikap xenofobia dan kecaman berbaur perkauman terhadap golongan migran semakin menular akibat kerisauan undi hantu dan penipuan pilihan raya.
Pihak BERSIH 2.0 amat terganggu dengan pelbagai laporan bahawa kandungan multimedia dalam talian dan juga laman Facebook yang dikatakan membuat kenyataan partisan dan bersifat xenofobia atas nama BERSIH 2.0. Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami tidak mengiktiraf xenofobia dan sikap perkauman. Pihak golongan migran di Malaysia sudah menghadapi pelbagai diskriminasi secara meluas termasuk diskriminasi berunsur keganasan, seperti yang telah didokumentasikan oleh organisasi-organisasi hak asasi manusia dan media.
BERSIH 2.0 faham dan bersimpati dengan kemarahan ramai rakyat Malaysia terhadap dakwaan penipuan pilihan raya, terutama sekali berikutan testimoni yang telah dibuat oleh bekas-bekas pegawai kerajaan dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja Sabah. Memang amat mengecewakan bahawa penipuan dan penyelewangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa pengadilan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun, kami mengingatkan kepada semua bahawa tanggungjawab terletak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi yang diberi kuasa mengambil tindakan terhadap penipuan pilihanraya, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengecam golongan migran tidak akan mengubahkan undang-undang yang bermasalah seperti Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya 1958, yang menghalang sesiapapun untuk menyoalkan senarai undi dalam mahkamah. Jenayah berlandaskan kebencian terhadap golongan migran juga tidak akan memaksa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa tuduhan, termasuk jumlah pengundi baru yang tinggi dan langsung tidak dapat dikesan di Selangor.
Jangan benarkan xenofobia dan sentimen perkauman terhadap golongan migran mengalihkan perhatian kita dari perjuangan asal. Kami menyeru agar semua parti politik membuat pendirian untuk tidak mengalakkan kekecaman terhadap golongan migran.
Terima kasih.
 
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
 
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.