Press Statement, 11 April 2013
Accountability is a Caretaker Government’s Responsibility
It has been one week since the prime minister has announced the dissolution of Parliament, and the transition to caretaker governments at Federal and State level has already begun. BERSIH 2.0 is disappointed to observe a range of violations ranging from political violence to the misuse of public facilities by caretaker governments, political parties, and other entities participating in the 13th General Election.
A day after the dissolution of Parliament, BERSIH 2.0 launched its Code of Conduct for Participants of the 13th General Election and Caretaker Government Guidelines.
Since 3 April 2013, violations reported by the media and observed by BERSIH 2.0 include:
- April 4 – The Selangor Chief Minister announced an RM300 bonus for the Selangor civil servants one day after the dissolution of parliament.
- April 5 – Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak announced new projects in Cyberjaya totalling almost RM8 billion. The projects are: a RM6 billion Cyberjaya city centre, a RM600 million environmental-friendly mosque and a RM1.02 billion mixed development project.
- April 5 – The Selangor state government announced an additional allocation of RM2.46 million for the Neighbourhood Safety Programme in an effort to reduce crime in rural areas.
- April 7 – Residents from three villages in Bestari Jaya was given land titles after being promised that their problems pertaining to their land ownership titles will be resolved a month ago. Chief Minister of Selangor also stated that the State Government will provide an alternative to help residents who cannot afford to pay the premium for the titles.
- April 7 – Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak gave out 22,000 helmets for BN youth supporters who are campaigning for BN throughout the Selangor state.
- April 7 – An allocation of RM5.1 million from the federal state was allocated to 98 Sekolah Jenis Kebangsaan (SKJC) schools in Kedah. The allocation was channel via the Prime Minister’s Office through the Program Sentuhan Kasih.
- April 8 – It was announced that the Kad Diskaun 1Malaysia will be extended to all government retirees, allowing them to get discounts from over 100 participating shops and companies. The card, which was launched in mid-March 2013 was originally meant for police and army retirees only.
- April 8 – Three vehicles belonging to the Information Department was reportedly seen to facilitate the launch of BN’s command centre in Kuala Lumpur. The reporter who was at the scene was also threatened by a BN official when he made inquiries.
- April 8 – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Deputy Prime Minister and also Education Minister, made an announcement that all schoolchildren in Malaysia will be provided with a laptop from next year onwards. He was quoted by the media as saying that it was something that must be implemented by the BN government as part of its promises to be fulfilled.
BERSIH 2.0 is appalled by Dato’ Seri Utama Rais Yatim’s response to the use of the ministry’s vehicles for a Barisan Nasional campaigning event. His excuse, that the campaign period has not officially started, borders on the farcical. Further, he failed to address the threat of violence made by a BN official against a journalist who inquired about the use of said vehicles. We consider his silence on this matter to be condoning the act of intimidation and threat of violence.
BERSIH 2.0 urges all political parties, their supporters, and caretaker governments to make use of our Code of Conduct and Caretaker Government Guidelines. We also laud the action of the Penang and Selangor State government for instructing its officials to return vehicles belonging to the State following the dissolution of their respective state assembly. We hope other State governments will also follow suit and, further, that this will not only be limited to the use of government vehicles but also other machinery and resources.
Thank you.
Salam BERSIH!
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Syukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.
Kenyataan Media, 11 April 2013
Ketelusan adalah Tanggungjawab Kerajaan Sementara
Setelah seminggu Parlimen Malaysia dibubarkan dan transisi kepada kerajaan sementara di kedua-dua pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri telahpun bermula. Bersih 2.0 kesal melihat pelanggaran-pelanggaran yang berlaku dari konteks keganasan politik sehinggalah penyalahgunaan jentera dan kemudahan awam oleh pihak kerajaan sementara, parti-parti politik dan juga pihak-pihak lain yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum ke-13.
Sehari selepas pembubaran Parlimen diumumkan, Bersih 2.0 telah melancarkan Kod Etika Penglibatan Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Garis Panduan Kerajaan bagi peserta-peserta yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Sejak 3 April 2013, antara pelanggaran-pelanggaran yang dilaporkan pihak media dan hasil pemantauan BERSIH 2.0 seperti;
- 4 April – Menteri Besar Selangor telah mengumumkan bonus sebanyak RM300 bagi penjawat awam sehari selepas parlimen telah dibubarkan.
- 5 April – Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta untuk program ‘Neighbourhood Safety Programme’ dalam usaha untuk mengurangkan jenayah di kawasan luar bandar.
- 5 April – Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan tiga projek baru dengan jumlah hampir RM8 billion di Cyberjaya iaitu RM6 billion untuk pusat Bandar Cyberjaya, RM600 juta untuk masjid mesra alam sekitar dan RM1.02 billion untuk projek pembangunan lain.
- 7 April – Penduduk daripada tiga kampung di Bestari Jaya telah diberi geran tanah setelah dijanji bahawa masalah hak milik tanah mereka akan diselesaikan sebulan yang lepas. Menteri Besar Selangor juga menyatakan hasrat untuk menwarkan alternatif kepada para penduduk yang tidak mampu untuk membayar premium geran tersebut.
- 7 April – Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengagihkan sebanyak 22,000 topi keledar kepada penyokong muda BN yang akan membantu berkempen untuk BN diseluruh negeri Selangor.
- 7 April – Peruntukan sebanyak RM5.1 juta daripada Kerajaan Persekutuan telah diberikan kepada 98 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) di Kedah. Peruntukkan ini dibiayai menerusi Jabatan Perdana Menteri melalui Program Sentuhan Kasih.
- 8 April – Juga diumumkan bahawa Kad Diskaun 1Malaysia akan diperluaskan kepada pesara kakitangan awam yang membolehkan mereka mendapat potongan harga bagi lebih daripada 100 kedai dan syarikat. Kad tersebut telah dikeluarkan pada pertengahan Mac 2013 dan pada awalnya terhad kepada pesara polis dan askar.
- 8 April – Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan didapati telah digunakan untuk membantu dalam kempen BN di Kuala Lumpur. Wartawan yang berada di tempat kejadian juga telah diugut dengan kekerasan oleh pegawai BN semasa pertanyaan mengenai kenderaan terbabit dibuat.
- 8 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran telah membuat pengumuman bahawa setiap pelajar sekolah di Malaysia akan dibekalkan dengan komputer riba bermula tahun hadapan. Beliau telah dilaporkan berkata bahawa ini harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan BN sebagai salah satu janji yang akan ditepati.
BERSIH 2.0 memandang serius reaksi Dato’ Seri Utama Rais Yatim terhadap penggunaan kenderaan kementerian untuk kempen Barisan Nasional. Alasan beliau bahawa waktu kempen rasmi belum lagi bermula tidak boleh diterima. Malah, dia juga gagal untuk menerangkan kejadian dimana seorang wartawan yang telah diugut dengan keganasan oleh seorang pegawai BN apabila disoal tentang penggunaan kenderaan terbabit. Kami menganggap sikap beliau yang berdiam diri dalam hal ini bermakna beliau menerima dan menganjurkan perlakuan ugutan dan keganasan tersebut.
BERSIH 2.0 menyeru agar semua parti-parti politik, para penyokong mereka dan juga kerajaan-kerajaan sementara untuk merujuk kepada Kod Etika dan Kod Peraturan Kerajaan Sementara. Kami juga memuji tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor dalam mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan negeri mengembalikan kenderaan yang dimiliki oleh pihak Kerajaan Negeri selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kami berharap kerajaan-kerajaan negeri lain juga mengambil inisiatif yang sama, dan ini tidak hanya terhad kepada penggunaan kenderaan semata-mata tapi juga peralatan dan kemudahan kerajaan yang lain.
Terima kasih.
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.