People Take Up the Call: Vote and ObserveRakyat Terima Seruan: Undi dan Pantau

PEMANTAU

Press Statement, 19 April 2013

People Take Up the Call: Vote and Observe

 

PEMANTAU is disappointed by a recent statement made by Assistant Head of the Inspector-General of Police (Public Relations) Secretariat, ACP Ramli Mohamed Yoosuf. He claimed that the police had “received many applications to become monitors of the 13th general election as well as of incidents of political violence” as well as that “monitoring by any individual or group, uniformed or otherwise, or those declaring themselves as monitors, is not allowed.”
His statement appears to be at odds with that of the chair of the Election Commission, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. As reported in the media on 5 April, he said that the EC welcomes the PEMANTAU initiative, which according to him would prove that the EC is open to any groups wanting to help them improve the electoral process.
We stress that PEMANTAU has never applied to the police to be monitors. In opening a line of communication with the police, we recognise their responsibility to ensure the safety of all Malaysians, to which PEMANTAU can only contribute by alerting them of incidents of violence and misconduct.
We emphasise again that PEMANTAU’s work will not intervene with the EC’s conduct of the elections or the accredited observer group’s task of observing the elections. In fact, this shall complement them and help to deter fraudulent practices such as vote buying, violence, undue influence and intimidation, and abuse of public resources. The police should ensure the safety of the PEMANTAU observers as they are exercising their legitimate rights to be part of the democratic process of this country.
So far PEMANTAU has mobilised 2000 Malaysian citizens to observe 55 parliamentary seats all around the country. More are joining up at the last minute. Their work begins on nomination day and will carry on until tabulation on polling day. PEMANTAU observers will watch for violations of the Election Offences Act, including bribery, treating, and statements intended to spread hostility and ill-will. They will also observe any other misconduct, such as the misuse of government resources to benefit particular political parties. We are ready to go with our material and resources, which have been distributed to our observers.
The media is an important aspect of clean and fair elections. PEMANTAU fully supports the Centre for Independent Journalism’s media monitoring work during the campaign period. Their project, “Watching the Watchdog”, is a significant source of information for PEMANTAU’s own work. We are concerned to hear of allegations by concerned individuals that political pressure is being put on a number of media outlets, as this will adversely affect the right of voters to make an informed choice.
PEMANTAU will be issuing statements based on critical issues raised by the observers during the campaign period, which will also be published on our website for the media and the general public. PEMANTAU press conferences will be conducted periodically from now until polling day. We will be releasing a preliminary report within 24 hours after polling day, and a final report a month later. All our documents will be freely available.
PEMANTAU urges all Malaysians who can do so to come out and vote – your presence is needed to fight fraud. But don’t stop there: if you witness any incidences of electoral misconduct, find a PEMANTAU observer or go straight to to lodge a complaint.
Thank you.
PEMANTAU Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) comprises of:
Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)
Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL)
Pusat KOMAS
For further enquiries, please contact the BERSIH 2.0 secretariat at 03-77723275 or 019-4380428.
Complaints by the public can be channelled to:

jompantau_aduan

PEMANTAU

Kenyataan Akhbar, 19 April 2013

Rakyat Terima Seruan: Undi dan Pantau

 

PEMANTAU kecewa dengan kenyataan yang dilaporkan dibuat baru-baru ini oleh Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf. Beliau mendakwa bahawa pihak polis “telah menerima banyak permohonan untuk menjadi pemantau PRU13 dan pemantau insiden keganasan politik“ di samping mengatakan “tidak ada pemantauan dari mana-mana indvidu atau kumpulan atau mereka yang mengisytiharkan diri mereka sebagai pemantau untuk membuat pemantauan. Sama ada secara beruniform atau tidak adalah tidak dibenarkan.”
Kenyataan beliau bagaimanapun kelihatan bercanggah dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Seperti dilaporkan media pada 5 April, beliau berkata SPR mengalu-alukan inisiatif PEMANTAU, yang menurutnya membuktikan keterbukaan SPR terhadap mana-mana kumpulan yang ingin membantu memperbaiki proses pilihan raya.
Kami ingin menekankan bahawa PEMANTAU tidak pernah memohon kepada polis untuk menjadi pemantau. Dalam membuka saluran hubungan dengan pihak polis, kami mengiktiraf tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan untuk seluruh rakyat Malaysia. Sumbangan PEMANTAU hanyalah memaklumkan kepada mereka insiden-insiden keganasan dan salahlaku.
Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa gerakerja PEMANTAU tidak akan campur tangan dengan penjalanan pilihan raya oleh SPR atau pemerhatian pilihan raya oleh kumpulan pemerhati yang diiktiraf oleh SPR. Malah, gerakerja PEMANTAU merupakan pelengkap dan akan membantu menghindar amalan kesalahan seperti pembelian undi, keganasan, pengaruh tidak wajar dan ugutan, serta salahguna kemudahan awam. Pihak polis patut memastikan keselamatan sukarelawan PEMANTAU kerana mereka menggunakan hak yang sah untuk mengambil bahagian dalam proses demokratik negara ini.
Setakat ini PEMANTAU telah menggerakkan 2000 orang rakyat Malaysia untuk memantau sebanyak 55 kerusi Parlimen di seluruh negara. Ramai lagi dijangka bersama di minit-minit akhir. Gerakerja mereka akan bermula pada hari penamaan calon dan akan berterusan sehingga hari pembuangan undi. Sukarelawan PEMANTAU akan mengawasi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, termasuk penyogokan atau rasuah, penjamuan, dan kenyataan berniat untuk mengembangkan permusuhan atau perasaan jahat. Mereka juga akan memantau lain-lain salahlaku seperti salahguna sumber kerajaan untuk kepentingan parti politik tertentu. Kami kini bersedia dengan bahan-bahan dan sumber yang telah diedarkan kepada pemantau.
Selain itu, media merupakan aspek penting dalam pilihan raya yang bersih dan adil. PEMANTAU menyokong padu gerakerja pemantauan media oleh Centre for Independent Journalism semasa tempoh kempen. Projek mereka, “Memerhati Pemerhati”, merupakan sumber maklumat yang bermakna untuk kerja-kerja PEMANTAU. Kami agak bimbang mendengar dakwaan oleh individu-individu prihatin bahawa tekanan politik dikenakan ke atas pengamal media kerana ini akan membawa kesan buruk kepada hak pemilih untuk membuat pilihan bermaklumat.
PEMANTAU akan mengeluarkan kenyataan berdasarkan isu-isu kritikal yang mungkin dikesan oleh pemantau ketika tempoh kempen. Ini akan dimuatnaik dalam laman sesawang untuk media dan tatapan umum. PEMANTAU juga akan mengadakan sidang akhbar secara berkala dari sekarang hingga hari mengundi. Kami berazam untuk menerbitkan laporan awal dalam tempoh 24 jam selepas hari pembuangan undi, dan laporan akhir kira-kira sebulan selepas itu. Semua dokumen PEMANTAU boleh diperolehi dengan bebas.
PEMANTAU menggesa semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi – kehadiran anda diperlukan untuk melawan penipuan. Namun jangan berhenti di situ sahaja; jika anda menyaksikan sebarang insiden salahlaku pilihan raya, carilah sukarelawan PEMANTAU atau terus ke untuk melaporkan aduan.
Terima kasih.
 
PEMANTAU Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) terdiri daripada:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL)
Pusat KOMAS
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi sekretariat BERSIH 2.0 di 03-77723275 atau 019-4380428.
 
Aduan orang awam boleh disalurkan ke:
jompantau_aduan