No Amendments Without Consultation!Tolak Pindaan Tanpa Perbincangan!

bersih2letterhead_new

“No Amendments Without Consultation!”

Statement on Section 203A of the Penal Code and Amendments to the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)

 

BERSIH 2.0 is gravely concerned over the effects of recently-passed and upcoming legislation on the increasingly fragile human rights situation in Malaysia. Yesterday, Section 203A of the Penal Code was passed by Dewan Rakyat, despite strenuous objection over the broad nature of its wording and its effect on the fight against corruption. The new section effectively penalises whistleblowers who expose corruption and government misconduct, all of which are clearly matters of public interest, while protecting wrongdoers under legislatively mandated secrecy.
Today, yet another draconian bill is set to be rammed through Parliament in the same manner. This bill seeks to extend the scope of to the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) by bringing offences under Chapters VI, VIA and VIB of the Penal Code and anti-trafficking laws into the ambit of special security offences.
We view with repugnance the manner in which such bills that curtail fundamental freedoms are being rushed through Parliament, without consulting all stakeholders including the citizens whom the Government claim to protect. The conduct of this Government after the 13th General Election goes against all representations made by the Prime Minister that Malaysia is becoming the “best democracy” in the world.
We demand that this Government act responsibly and engage in full consultation with all stakeholders over the recently-passed legislation as well as any upcoming amendments before they are brought into force. We are watching closely as to whether the Government will be following up on the statement by Hajjah Nancy Shukri, Minister in the Prime Minister’s Department in charge of Law, that she is seeking further amendments to Section 203A, recognizing that the provision was too general.
No new law should be made without proper consultation. Anything less will mean that the Government has scant regard for individual freedoms and for the views of the rakyat. It further throws into doubt the Government’s will to fulfill promises made to uphold human rights in this country.
The rakyat is committed to transparency and accountability. Will the Government follow our lead?
 
BERSIH 2.0 Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)
 
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

bersih2letterhead_new

 “Tolak Pindaan Tanpa Perbincangan!”

 Kenyataan Berkenaan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Pindaan Ke Atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)

 

BERSIH 2.0 berasa kesal dan terpanggil untuk menyatakan pendirian ke atas situasi  perundangan ke atas hak asasi manusia yang makin terhakis di Malaysia dewasa ini. Semalam, kita menyaksikan kelulusan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dalam Dewan Rakyat, tanpa mengambil kira bantahan ke atasnya yang meliputi hal-hal termasuklah penakrifan yang terlalu luas dan kesan-kesan ke atas usaha melawan rasuah. Seksyen baru ini membenarkan hukuman ke atas individu-individu yang mendedahkan kepincangan, penyelewengan, dan perlakuan rasuah dalam dan oleh Kerajaan, yang  jelas memberi kesan kepada kepentingan orang awam; dalam masa yang sama masih terus melindungi penjenayah dengan perundangan berkaitan kerahsiaan.
Hari ini, satu lagi usul zalim dibentang untuk kelulusan Parlimen dengan semangat penindasan yang sama. Usul ini dibentang untuk meluaskan lagi skop Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dengan menakrifkan kesalahan di bawah Bab VI, VIA dan VIB Kanun Keseksaan dan undang-undang anti penyeludupan manusia sebagai kesalahan keselamatan.
Dengan penuh rasa kecewa, kami menilai perkembangan ini sebagai satu bentuk kemerosotan ke atas hak kebebasan asasi. Jelas, usul-usul ini cuba untuk diluluskan dalam Parlimen secara tergopoh-gapah tanpa ada sebarang bentuk perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan termasuklah rakyat yang selama ini didakwa sentiasa dilindungi oleh Kerajaan.  Tindakan-tanduk Kerajaan sejak tamat Pilihan Raya ke 13 yang lalu sama sekali bercanggah sepenuhnya dengan janji-janji dan kenyataan oleh Perdana Menteri yang bangga mempromosikan  negara  ini sebagai kononnya “negara demokrasi terbaik dunia”.
Kami menuntut Kerajaan ini mengambil tanggungjawab penuh dan mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan berkenaan dengan usul-usul yang telah dan akan diluluskan di masa hadapan sebelum usul-usul ini dikuat kuasakan. Kami akan terus memerhati dan memantau perkembangan seterusnya oleh Kerajaan, sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Hajah Nancy Shukri yang menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan pindaan semula ke atas Seksyen 203A yang disifatkan penakrifannya sebagai terlalu luas.
Seharusnya, tiada undang-undang baharu harus digubal dan diluluskan tanpa sebarang perbincangan atau konsultasi yang wajar terlebih dahulu. Kegagalan untuk berbuat demikian membuktikan bahawa Kerajaan tidak pernah menghormati hak kebebasan individu dan pandangan rakyat. Ia turut menggambarkan ketidak seriusan Kerajaan mengangkat martabat hak asasi manusia dalam negara ini.
Rakyat telah menunjukkan komitmen mereka terhadap ketelusan dan akauntabiliti dalam negara ini. Adakah Kerajaan akan turut mendakap semangat yang sama?
 
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
 
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.