MEDIA STATEMENT (12 February 2014)
BERSIH 2.0 urges all public institutions, especially the Election Commission (EC), the Police and the media, to uphold the freedom to campaign and a level playing field — imperative for free and fair elections — in the Kajang by-election as well as other elections to come.
On Peaceful Assembly Act
BERSIH 2.0 urges the Police to drop their investigations on PKR’s tentative candidate Anwar Ibrahim for illegal assembly under the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA).
BERSIH 2.0 is currently challenging the constitutionality of the PAA in its counterclaim in the suit concerning the Bersih 3 rally, in which the Police are demanding a compensation of RM112,000 from us for damage of police vehicles.
BERSIH 2.0 will stand by Anwar Ibrahim or any candidate against any unconstitutional violation of their right to peaceful assembly. We see selective use of the Act against any candidate in the by-election as a deliberate act of undermining the level playing field. All Malaysians who believe in free and fair elections, regardless of their political persuasion, must also condemn this.
On Campaign Period
BERSIH 2.0 holds that the campaign period should be seen as the minimum timeframe for candidates and parties to reach out to voters after confirmation of candidature, not the maximum timeframe to restrict parties and potential candidates from reaching out to voters.
BERSIH 2.0 stresses that there is no such thing as voters being overly informed when it comes to their future. Unofficial campaign before nomination cannot do voters any harm as they get more time to consider their option and the consequences of their choice. As a matter of fact, longer campaigns may increase voter interest and boost the turnout rate, which is good for democracy. The exceptionally high turnout rate of 85% in the 13th General Election actually benefited from BERSIH 2.0’s five-year “Jom 100” campaign that had urged for a 100% turnout.
In that light, we welcome the EC’s latest statement that seemingly shares BERSIH 2.0’s position on legitimate political activities before the campaign period.
On Electoral Misconduct
BERSIH 2.0, however, must stress the need to regulate and prohibit electoral misconduct, whether before or during the campaign period, and whether carried out by potential candidates or political parties.
The EC is duty-bound to ensure the Kajang by-election, as any other election, to be free of bribery, treating, intimidation, outright vote-buying, hate speech against any social groups (be it ethnic, religious, linguistic, gender or lifestyle), smear campaigns, one-sided media reporting and violence.
It is in this context that BERSIH 2.0 chairperson Maria Chin Abdullah had texted back a Malaysian Insider reporter on 10 February, with regard to her question on whether Anwar Ibrahim had violated election laws, that:
“Conduct of the elections must be monitored by SPR and they have so far not performed well. Both sides have started the campaign. Eg. BN started with threats and smear campaigns. When Zainuddin Maidin threatened the Chinese in Kajang, SPR kept quiet. Except in the sex-smut smear campaign started by Ahmad Maslan, SPR eventually said something. Bersih 2.0 is concerned that SPR will not conduct free and fair by-elections if it continues to remain silent on crucial electoral issues.”
On The Malaysian Insider’s Report on 10 February
BERSIH 2.0 expresses deep regret that the SMS comment by chairperson Maria Chin Abdullah was misleadingly reported by The Malaysian Insider on 10 February in two reports, respectively titled “Both sides breached campaign laws in Kajang, says Bersih” (English edition) and “Bersih: Umno dan PKR langgar undang-undang pilihan raya”.
BERSIH 2.0 requests that The Malaysian Insider to publish this statement in full considering the earlier misinterpretation of Maria’s opinion.
BERSIH 2.0 calls upon all media to uphold the highest standard of professionalism in their reporting to ensure fairness to both the reported parties and the public.
Salam BERSIH!
Issued by: The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises:
Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang, Simon Lee Ying Wai and Dato’ Dr Toh Kin Woon.
KENYATAAN MEDIA (12 Februari 2014)
BERSIH 2.0 menggesa semua institusi awam, terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihak polis dan media, untuk menegakkan kebebasan untuk berkempen dan padang permainan yang sama rata, dua faktor yang amat penting bagi pilihan raya yang bebas dan adil. Diharapkan akan berlaku dalam pilihan raya kecil Kajang dan juga pilihan raya akan datang yang lain.
Mengenai Akta Perhimpunan Aman
BERSIH 2.0 menggesa pihak polis untuk menggugurkan siasatan mereka ke atas bakal calon PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).
Untuk pengetahuan umum, BERSIH 2.0 sedang mencabar kesahihan PAA melalui tuntutan balas dalam saman Kerajaan Malaysia mengenai perhimpunan Bersih 3. Dalam kes saman ini pihak polis menuntut pampasan sebanyak RM112 ,000 daripada BERSIH 2.0 kerana kerosakan yang dialami kenderaan polis.
BERSIH 2.0 akan berdiri di sisi Anwar Ibrahim atau mana-mana calon jika hak mereka untuk berhimpun secara aman, sepertimana yang dijamin dalam Perlembagaan dilanggari.
Pada BERSIH, penggunaan terpilih PAA terhadap mana-mana calon dalam pilihan raya kecil itu ialah tindakan yang sengaja dilakukan untuk menjejaskan keseteraan padang permainan. Semua rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil, tidak kira kecenderungan politik mereka, perlu bersama-sama mengutuk perkara ini.
Mengenai Tempoh Kempen
BERSIH 2.0 berpendapat bahawa tempoh kempen sepatutnya dilihat sebagai tempoh minima bagi calon dan parti untuk mendekati pengundi selepas pengesahan pencalonan, bukannya tempoh maksima demi menyekat parti dan calon daripada mendekati pengundi.
BERSIH 2.0 menekankan bahawa tidak menjadi masalah jika pengundi mendapat maklumat berlebihan dalam hal yang melibatkan masa depan mereka. Kempen tidak rasmi yang berlaku sebelum penamaan calon tidak akan memudaratkan pengundi kerana mereka akan mendapat lebih banyak masa untuk mempertimbangkan pilihan mereka dan kesan pilihan mereka.
Malah, kempen yang lebih panjang dapat meningkatkan minat pengundi dan kadar pengundian, yang sememangnya baik bagi demokrasi. Kadar pengundian yang tinggi sebanyak 85% dalam PRU ke-13 sebenarnya hasil kempen “Jom 100” BERSIH 2.0 selama lima tahun yang telah menyeru 100% pemilih Malaysia keluar mengundi.
Berdasarkan hakikat ini, kami mengalu-alukan kenyataan terbaru SPR yang seolah-olah berkongsi kedudukan BERSIH 2.0 mengenai kegiatan politik yang sah sebelum tempoh berkempen.
Mengenai Salah-Laku Pilihan Raya
Bagaimana pun, BERSIH 2.0 mesti menekankan keperluan untuk mengawal selia dan melarang salah-laku pilihan raya, sama ada sebelum atau dalam tempoh kempen itu, dan sama ada yang dijalankan oleh bakal calon atau parti politik.
SPR bertanggungjawab untuk memastikan pilihan raya kecil Kajang, seperti mana-mana pilihan raya yang lain, bebas daripada rasuah, penjamuan, ugutan, pembelian undi secara terang-terang; menjauhi kempen yang menimbulkan kebencian terhadap mana-mana kumpulan sosial (sama ada dari segi etnik, agama, bahasa, jantina atau gaya hidup); dan hentikan kempen memburuk-burukkan pihak lawan serta kempen ganas dan laporan media yang berat-sebelah.
Dalam konteks inilah Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah telah menjawab SMS wartawan The Malaysian Insider pada 10 Februari, berkenaan soalan sama ada Anwar Ibrahim telah melanggar undang-undang pilihan raya, dengan berikut:
“Penjalanan pilihan raya perlu dipantau oleh SPR dan setakat ini SPR tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kedua-dua pihak telah mula kempen. Contohnyas: BN bermula dengan ancaman dan kempen memburuk-burukkan. Apabila Zainuddin Maidin mengancam Cina di Kajang, SPR senyap membisu. Hanya apabila kempen memburuk-burukkan dengan isu seks dimulakan oleh Ahmad Maslan, SPR akhirnya berkata sesuatu. BERSIH 2.0 bimbang bahawa SPR tidak akan menjalankan tanggungjawab denghan bebas. Dalam PRK ini, SPR terus berdiam diri mengenai isu-isu pilihan raya penting.”
Mengenai Laporan The Malaysian Insider pada 10 Februari
BERSIH 2.0 amat kesal bahawa komen SMS oleh Pengerusi kami Maria Chin Abdullah telah dipesongkan oleh The Malaysian Insider pada 10 Februari dalam dua laporan, “Both sides breached campaign laws in Kajang, says Bersih” (edisi Bahasa Inggeris) dan “Bersih: Umno dan PKR langgar undang-undang pilihan raya”.
BERSIH 2.0 meminta The Malaysian Insider supaya menerbitkan kenyataan ini dengan sepenuhnya memandangkan salah tafsiran yang berlaku terhadap pendapat Maria sebelum ini.
BERSIH 2.0 menyeru semua anggota media untuk menegakkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam laporan mereka demi memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak yang dilaporkan dan orang ramai.
Salam BERSIH!
Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang, Simon Lee Ying Wai and Dato’ Dr Toh Kin Woon.