SIARAN MEDIA (17 Februari 2014)
Penyokong BERSIH 2.0 yang teringin sangat untuk bergerak sejak Pilihan Raya Umum ke-13 kini boleh berbuat demikian dengan menyertai Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (atau nama pendeknya dalam Bahasa Inggeris, DART).
Laungan perjuangan DART ialah: “Kami mengundi; kami tentukan sempadan.”
“Kerana kita tahu bagaimana ‘gerrymandering’ dan ‘malapportionment’ yang berlebihan ke atas kawasan pilihan raya boleh menjejaskan nilai undi kita, maka BERSIH 2.0 memulakan projek ini bersama Engage untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam persempadanan semula yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” kata pengerusi gabungan itu, Maria Chin Abdullah.
Pengerusi Engage Thomas Fann berkata: “DART ialah projek seluruh negara yang tindakan rakyat untuk memberi kuasa kepada para pengundi untuk menyatakan bagaimana sempadan pilihan raya mereka perlu digariskan.”
Maria dan Fann berkata demikian di sidang media di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2014 untuk mengumumkan projek.
Maria menjelaskan mengapa projek DART itu dimulakan: “Lapan tuntutan BERSIH 2.0 meliputi aspek yang luas. Walau bagaimanapun, ia tidak menangani penipuan yang telah pun berlaku dalam persempadan pilihan raya.
Persempadanan yang dilakukan sebelum ini, yang sebahagian besarnya tidak dicabar, yang kurang mewakili mahupun mencerminkan kehendak rakyat, ialah satu masalah utama dalam isu reformasi pilihan raya. ”
Mujurlah, Maria menambah, ia satu proses di mana penyertaan pengundi diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan; Jadual 13 membolehkan bantahan terhadap cadangan sempadan SPR daripada pemilih yang terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih.
“Oleh itu kita perlu menggunakan peluang ini diberikan kepada kita jika kita mahu keputusan pilihan raya yang benar-benar mencerminkan aspirasi rakyat,” katanya.
Projek DART dimulakan untuk membantu pemilih menyediakan bantahan mereka. Maria berkata projek itu akan bermula dengan pelancaran lembut Sabtu ini di Johor Bahru, yang menjadi pusat Engage, dan pelancaran kebangsaan pada 9 Mac (Ahad) di Petaling Jaya, diikuti dengan lawatan di seluruh negara di bandar-bandar utama. Di Pulau Pinang, Projek DART akan diadakan pada 30 Mar 2014.
Fann, yang juga Naib Pengerusi Semenanjung Selatan BERSIH 2.0, berkata pameran bergerak DART, yang terdiri daripada mesyuarat dewan orang ramai, akan diadakan di bandar-bandar utama untuk memperkenalkan persempadanan kawasan pilihan raya, kepentingannya dan bagaimana ia telah menjejaskan keputusan pilihan raya yang lalu.
“Kami juga akan menunjukkan apakah yang boleh dilakukan oleh pemilih biasa untuk membuat wakil persempadanan yang mengambil kira kepentingan tempatan mereka, ” katanya.
Mesyuarat awam seluruh negara ini juga akan berfungsi untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan yang berdedikasi untuk membentuk pasukan DART. Kumpulan teras inilah yang akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilih di kawasan mereka, kata Fann.
Pasukan teras juga akan dilatih dalam bengkel kerja DART, di mana mereka akan diberi sumber-sumber seperti pengetahuan undang-undang dan pilihan raya serta peta-peta yang diperlukan, untuk mengukuhkan bantahan mereka, katanya.
Penasihat penyelidikan BERSIH 2.0 Dr Wong Chin Huat, yang turut di sidang media itu, berkata, “SPR melakukan ‘malapportionment’ dan ‘gerrymandering’ yang melampau pada tahun 2003 dan 2005 kerana tidak ditentang rakyat Malaysia.
“Kali ini kami akan mencabar mereka dalam siasatan, di mahkamah pendapat awam dan, jika perlu, mahkamah undang-undang. ”
Maria menggesa semua penyokong BERSIH 2.0 yang telah menunggu untuk tindakan seterusnya kea rah pilihan raya yang bebas dan adil supaya datang ke pameran bergerak DART, belajar tentang persempadanan, dan menggerakkan sekurang-kurangnya 100 pengundi untuk bersedia memeriksa apa sahaja yang dicadangkan SPR untuk kawasan pilihan raya masing-masing.
“Persempadanan semula akan datang oleh SPR akan menentukan keputusan PRU14. Dan kita berpeluang menyetarakan padang permainan ini melalui DART,” katanya.
Fann menambah: “Jika rakyat tidak terlibat dalam proses persempadanan ini, tak payahlah harapkan pilihan raya yang bebas dan adil di PRU14.”
Beliau menawarkan satu lagi sebab kuat untuk rakyat yang cintakan keamanan mengambil bahagian dalam projek DART.
“Jika kita memaksa perubahan dalam persempadanan kawasan pilihan raya kita akan memaksa perubahan dalam wacana politik di negara ini, kerana kawasan pilihan raya pada masa ini ditentukan secara berat sebelah mengikut garisan kaum, yang juga berkait rapat dengan agama di negara ini.
“Jadi, jika sempadan ini berubah, ahli politik akan terpaksa mengalihkan tumpuan mereka kepada isu-isu perkauman dan agama kepada dasar serta idea mereka untuk negara,” katanya.
Pastinya itu kehendak semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
(Butiran penuh projek dan pameran bergerak DART boleh diperolehi dalam laman sesawang BERSIH 2.0 apabila projek ini dilancarkan pada 22 Februari 2014)
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, New Sin Yew, Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).
SIARAN MEDIA