BERSIH 2.0: NGO, parti politik perlu dirunding sebelum penggarisan sempadan kawasan pilihan raya

SIARAN MEDIA (26 Februari 2014)
 Sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan cadangan penggarisan sempadan kawasan pilihan raya kepada Parlimen, ia sepatutnya berunding dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik, terutamanya BERSIH 2.0 yang mempunyai cadangan untuk pembaharuan pilihan raya termasuklah penggarisan sempadan, kata pengerusi baru NGO tersebut Maria Chin Abdullah.
Seterusnya, SPR mesti memberi sebab yang munasabah jika ia mencadangkan pertambahan kawasan pilihan raya, kata Maria, sambil menerangkan bahawa di negara besar seperti Amerika Syarikat dan India, jumlah kawasan pilihan raya tidak banyak berbeza walaupun bertahun-tahun lamanya.
“Penggarisan semula sempadan kawasan pilihan raya akan menentukan keputusan Pilihanraya Umum Ke-14. Pengalaman dahulu menunjukkan penggarisan sempadan akan memanfaatkan parti pemerintah, jikalau rakyat tidak prihatin terhadap proses penggarisan ini. Walaupun 62 peratus rakyat mengundi untuk perubuhan, tiada perubahan akan berlaku,” tambahnya.

BERSIH 2.0 turun padang di Muar pada 23 Februari untuk menyebarkan maklumat mengenai projek DART (Delineation Action & Research Team atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan).
BERSIH 2.0 turun padang di Muar pada 23 Februari untuk menyebarkan maklumat mengenai projek DART (Delineation Action & Research Team atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan).

Maria membuat kenyataan ini ketika menjalankan kempen kesedaran penggarisan sempadan kawasan pilihan raya di Avenue 4, bandaraya Muar. Seramai 15 aktivis sosial yang memakai baju kemeja BERSIH atau berwarna kuning mengedarkan risalah DART (“Delineation Action & Research Team”, atau Pasukan Tindakan dan Kajian Persempadanan), menyeru pengundi Muar mengambil bahagian dalam proses penggarisan semula kawasan pilihan raya tahun ini.
Naib Pengerusi Bersih Semenanjung Selatan dan ketua DART Thomas Fann menjelaskan ketidakadilan dalam penggarisan semula kawasan pilihan raya, di mana pengundi di kawasan bandar jauh lebih banyak daripada pengundi di kawasan desa sehingga 4 kali ganda pada amnya. Ini mengakibatkan suara rakyat di kawasan bandar dan desa tidak serata, dan SPR mesti membetulkan fenomena yang tidak adil ini.
“Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua kawasan pilihan raya mestilah serata, kecuali pertimbangan khas kepada kawasan pilihan raya yang tidak dapat diakses. Memandangkan di semenanjung Malaysia hari ini semua kawasan desa diakses dengan senang, oleh itu SPR mesti membuat pembetulan dalam proses penggarisan semula berdasarkan prinsip perbezaan bilangan pengundi di setiap kawasan tidak boleh melebih 15%. Maka masalah ketidakadilan dalam pilihanraya dapat diselesaikan,” katanya.
Fann menambah, DART akan memberi latihan kepada aktivis sosial dan pengundi tempatan di seluruh negara, supaya sekurang-kurangnya 100 pengundi bersedia memantau atau membantah cadangan penggarisan sempadan kawasan oleh SPR jika ia tidak adil atau tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan. Pengundi cuma mempunyai masa 30 hari untuk membantah setelah cadangan dikemukan oleh SPR. Sesiapa yang berminat sila hubungi sekretariat pada 03-7772 3275 atau emel [email protected] supaya DART yang terdekat akan menghubungi mereka.
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah (duduk, yang ketiga dari kanan) dan Naib Pengerusi Semenanjung Selatan Thomas Fann di sebelah kiri beliau, bersama penyokong BERSIH 2.0 yang lain di Muar.
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah (duduk, yang ketiga dari kanan) dan Naib Pengerusi Semenanjung Selatan Thomas Fann di sebelah kiri beliau, bersama penyokong BERSIH 2.0 yang lain di Muar.

Ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa yang turut turun padang bersama pasukan BERSIH berkata, SPR mesti menyelaraskan system pengurusan dalamannya sebelum melaksanakan penggarisan sempadan kawasan. Sejak 2009, DAP Muar telah membuat satu kaji selidik tentang struktur pengundi dan sempadan, mereka menggunakan peta Google dan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Megara dan membandingkannya dengan peta kawasan SPR.
Keputusannya, pasukan tersebut mendapati peta SPR mengandungi banyak kesalahan nama tempat dan tanda sempadan juga tidak jelas. Pejabat Er pernah menerima aduan bahawa ahli keluarga yang tinggal di alamat yang sama diagihkan kepada pusat mengundi yang berlainan. Apabila ditanya, pengawai SPR berkata penggarisan sempadan cuma mengikut pengalaman mereka sahaja.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan YB Chua Wee Beng memberi sokongan penuh kepada kempen kesedaran BERSIH di Muar. Beliau berkata SPR mesti membersihkan senarai pemilih dahulu, seterusnya mengawal perbezaan bilangan pengundi antara kawasan dalam 10%.
Amalan penggarisan sempadan juga seharusnya membayangkan struktur pengundi di tempat tersebut, bukanlah menggariskan sempadan kawasan dalam bentuk yang pelik untuk memenuhi keperluan politik pihak tertentu. Wee Beng menitikberatkan pembersihan senarai pemilih yang sepatutnya dilaksanakan oleh SPR sebelum menjalankan proses penggarisan semula sempadan
[Untuk pertanyaan sila hubungi Pegawai Outreach BERSIH 2.0 Mandeep Singh pada 03-7772 3275]
dart