DART ke Melaka!

 14 Mac 2014

UNTUK SIARAN SEGERA

NOTIS/JEMPUTAN MEDIA

Bengkel Kerja Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan (Delineation Action & Research Team –DART) di Melaka
SIAPA: BERSIH 2.0 & Engage
BILA: 16 Mac 2014 (Ahad); 2ptg.
DI MANA:  Tasho Tea Art Centre, No.19, Jalan Kesidang 3/11, Off Jalan Tun Perak Bachang, 75300 Melaka.
APA: Bengkel DART – yakni, Delineation Action & Research Team, atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan yang baru dilancarkan Ahad lepas pada 9 Mac 2014 di Petaling Jaya – akan diadakan di Bandaraya Bersejarah Melaka Ahad ini.
MENGAPA: Projek rakyat senegara ini yang bermula di Johor Bahru pada 22 Februari bertujuan untuk memperkasakan pengundi supaya bersuara dengan yakin mengenai cara kawasan pilihan raya mereka patut digariskan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya memulakan proses persempadanan dalam sedikit masa lagi. Pengundi digalakkan melibatkan diri dalam persempadanan semula, dan penglibatan ini merupakan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
BAGAIMANA: ENGAGE akan memberi latihan percuma kepada pengundi yang berminat menjadi sebahagian daripada DART.
Pihak media diseru melaporkan kepada orang ramai mengenai bengkel ini dan dijemput juga untuk turut menghadirinya supaya semua dapat memahami proses persempadanan ini yang berupaya menentukan keputusan pilihan raya serta projek DART yang merupakan sahutan BERSIH terhadap proses penting ini.
Bengkel kerja akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, tetapi pembentangan bahan dalam tiga bahasa – Melayu, Tionghua dan Tamil.
Bengkel kerja ini dipimpin oleh Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Thomas Fann selaku ketua pelatih untuk DART. Turut serta ialah Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan ahli Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Farhana Halim.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: 016-701 0011 or emel [email protected]. Di Facebook 
HaveYourSay_CN (1)DART_ENHaveYourSay_CN (1)DART_BM-2