Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengatur semula sempadan kawasan pilihan raya tidak lama lagi. Persempadanan yang tidak adil menyebabkan nilai undi pemilih yang berbeza-beza. Akibatnya, keputusan pilihan raya tidak akan mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.
BERSIH 2.0 bersama ENGAGE akan menganjurkan bengkel di bawah projek DART Delineation Action and Research Team (DART), atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan untuk menggalakkan semua pengundi yang mahu mencegah penyelewengan pilihan raya dalam proses persempadanan supaya bersuara mempertahankan sempadan kawasan pilihan raya masing-masing.
Maklumat bengkel:
29 Mac 2014
2 ptg
Auditorium Hospital Metro Sungai Petani,
1. Lorong Metro, Sungai Petani, Kedah.
Semua rakyat yang mahukan pilihan raya bebas dan adil digesa hadir atau sebarkan maklumat penting ini.
KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen DART dan roadshow ke negeri-negeri lain, klik di sini.