Submission of People’s Tribunal Report on GE13 to MPsPenyerahan Laporan Tribunal Rakyat PRU13 kepada ahli Parlimen

BERSIH 2.0 will be submitting the People’s Tribunal Report on Malaysia’s 13th General Election (GE13) to Members of Parliament to brief them on the findings and recommendations with the intention of pressuring the government to take up the major suggestions.
WHEN: 2 April 2014 (Wednesday); 1pm. 
WHERE: Old Parliament lobby
WHY: Two years on since the Dewan Rakyat passed the report of the Special Select Committee on Electoral Reforms on 3 April 2012, it is time enough to take stock of what recommendations have been implemented and to pressure the government to produce a timeline of deliverables for those that are yet to be implemented. It is also opportune that the People’s Tribunal Report on GE13 was delivered recently on 25 March 2014, finding that GE13 had not been free or fair, and underscoring the great need for reform.
Quoting the Tribunal: “Public faith in the EC and the whole election process has been severely undermined by [GE13] and Malaysia’s image overseas has been damaged…. There was a high turnout in the elections, but that may not continue if people feel their votes count for little. If elections fail as a way of changing things, in many countries people have resorted to more direct – and violent – action, a particular risk in ethnically divided countries.”BERSIH 2.0 akan menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat Pilihan Raya Malaysia ke-13 (PRU13) kepada Ahli Parlimen untuk menerangkan kepada mereka mengenai penemuan dan cadangan Tribunal, dengan tujuan menggesa kerajaan supaya melaksanakan cadangan-cadangan teras.
BILA: 2 April 2014 (Rabu); 1pm. 
TEMPAT: Lobi Parlimen lama
KENAPA: Dua tahun sejak Dewan Rakyat meluluskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 3 April 2012, sudah cukup masa untuk kita menilai apakah cadangan yang sudah dilaksanakan dan mendesak kerajaan supaya menyatakan tempoh pelaksanaan cadangan-cadangan yang belum dilaksanakan.
Secara kebetulan, Laporan Tribunal Rakyat PRU13 disampaikan baru-baru ini pada 25 Mac 2014, dan mendapati bahawa PRU13 tidak bebas mahupun adil – justeru menekankan lagi peri pentingnya reformasi pilihan raya.
Kata panel Tribunal: “Kepercayaan awam terhadap SPR dan seluruh proses pilihan rays telah terjejas dengan teruk akibat [PRU13], dan imej Malaysia di luar negara telah dicemari…. Walaupun ramai yang keluar mengundi di PRU13, keadaan ini mungkin tidak berterusan jika rakyat merasakan undi mereka tidak bermakna. Jika pilihan raya gagal berfungsi sebagai cara untuk mendapatkan perubahan, di banyak negara rakyatnya  memilih tindakan secara langsung – dan ganas – yang merupakan satu risiko di negara-negara yang dibahagi-bahagikan secara etnik.”