Solidariti Untuk Mejar Zaidi Ahmad

Major Zaidi AhmadKENYATAAN BERSAMA (6 April 2014)
Kami, yang bertandatangan di bawah, menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. Persoalannya, kenapa tindakan diambil terhadap Mejar Zaidi bilamana beliau bercakap demi kepentingan awam?
Mejar Zaidi dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Tiga daripada tujuh pertuduhan yang dikenakan adalah kerana beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan yang “berbau politik”.
Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau berkemungkinan akan kehilangan hak pencen dan faedah-faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima bila kita bercakap soal demokrasi. Mejar Zaidi sebenarnya seorang wira. Jika kesemua rakyat Malaysia seperti Mejar Zaidi, yakni berani menyuarakan yang hak, benar dan adil, pastinya sistem pentadbiran negara kurang kepincangannya.
Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan umum. Namun, belum ada sebarang tindakan diambil terhadap SPR yang secara jelas berpihak, dan kegagalan mereka dalam pengendalian dakwat kekal. Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah.
Kami mengajak semua orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil, untuk memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan beliau pada 8 hingga 10 April 2014, Mahkamah Tentera Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Kami juga menuntut Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
Solidariti semua amatlah dihargai.
Kenyataan Bersama ini dianjurkan oleh BERSIH 2.0 dan ditandatangani oleh:
1.    Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
2.    All Women’s Action Society (AWAM)
3.    Association of Women Lawyers (AWL)
4.    BERSIH Sibu
5.    Bersihkan Malaysia Perth
6.    Centre for Independent Journalism (CIJ)
7.    Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
8.    Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4)
9.    Civil Rights Committee of KLSCAH
10. Coalition Of Kelantan NGOs
11. Damn the Dams
12. ENGAGE
13. Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)
14. Global BERSIH
15. Himpunan Hijau
16. Johor Yellow Flame
17. Kelab Bangsar Utama
18. KL & Selangor Chinese Assembly Hall – Youth Section (KLSCAH Youth)
19. LLG Cultural Development Centre
20. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
21. Malaysian Election Observation Network (MEONET)
22. Malaysians for Beng Hock
23. Northern Green Youth
24. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
25. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
26. People’s Green Coalition
27. Persatuan Alumni PBTUSM KL & Selangor
28. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
29. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur (PRIHATIN)
30. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
31. Pusat KOMAS
32. Pusat Latihan Orang Asal Sarawak (PANGGAU)
33. Research for Social Advancement (REFSA)
34. Rumah Anak Teater
35. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
36. Sembang-sembang Forum
37. Sisters In Islam (SIS)
38. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
39. Women’s Aid Organization (WAO)
40. Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)