DIBATALKAN – Bengkel DART ke Kuantan!

PENGUMUMAN TERKINI 18 April 2014 – MAAF. Bengkel DART ini dibatalkan oleh penganjur tempatan sebagai penghormatan kepada mendiang YB Karpal Singh.  

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengatur semula sempadan kawasan pilihan raya tidak lama lagi. Persempadanan yang tidak adil menyebabkan nilai undi pemilih yang berbeza-beza. Akibatnya, keputusan pilihan raya tidak akan mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.

BERSIH 2.0 bersama ENGAGE akan menganjurkan bengkel di seluruh Malaysia di bawah projek DART Delineation Action and Research Team (DART), atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan untuk menggalakkan semua pengundi yang mahu mencegah penyelewengan pilihan raya dalam proses persempadanan supaya bersuara mempertahankan sempadan kawasan pilihan raya masing-masing.

Di Kuantan, bengkel DART akan diadakan di: 19 April (Sabtu), 2 petang – 6 petang Tempat: Pusat Komuniti DUN Semambu, B-9766, Tingkat Satu, Jalan Haji Ahmad.

Semua rakyat yang mahukan pilihan raya bebas dan adil digesa hadir atau sebarkan maklumat penting ini.

KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen DART dan roadshow ke negeri-negeri lain, klik di sini.