MEDIA STATEMENT (22 April 2014)
Long before there were BERSIH rallies, Malaysia had Workers’ Day rallies that continue this year as per tradition on International Workers’ Day, 1 May.
BERSIH 2.0 fully supports the upcoming Workers’ Day rally themed “GST: Gasak Sampai Tumbang”, which is organised by a group of NGOs and political parties under an ad hoc committee, Jawatankuasa Mei 1.
BERSIH 2.0 takes this opportunity to state our solidarity with workers in Malaysia. We note that Workers’ Day has grown from being an occasion for workers to commemorate the struggle for decent working conditions to one that seeks to address policies that affect workers’ living conditions, which are also in the interest of voters like you and me.
This is reflected in the broad range of issues that are being raised by Jawatankuasa Mei 1: from the opposition to the Goods and Services Tax and the non-transparent Trans-Pacific Partnership Agreement to the usual push for women’s, indigenous, student and migrant rights, and minimum wage.
Since workers are voters, too, the rally will also call for fair and free elections as well as fundamental freedoms, especially of the media, which are among the core issues of BERSIH 2.0.
BERSIH 2.0 also sees the entire range of issues raised by the May Day rally as a manifestation of the unfair elections that have put in power a government that did not have the people’s mandate. Thus BERSIH 2.0 will join the rest of civil society on 1 May at KLCC, 2pm, to march to our intended destination – Dataran Merdeka.
We urge everyone, as Malaysians and as workers, to “turun padang” for this rally and call for the advancement of the rights of workers.
We would like to remind the authorities that freedom of assembly is a constitutional right and that it is a tradition not only in Malaysia but all over the world to celebrate Workers’ Day by exercising this right.
Hidup Pekerja!
Salam BERSIH!
Issued by: The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises:
Maria Chin Abdullah (Chairperson), Dr Farouk Musa (Deputy Chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Sabah Vice-chair), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak Vice-chair), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula Vice-chair), Thomas Fann (South Peninsula Vice-chair), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula Vice-chair) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula Vice-chair).
KENYATAAN MEDIA (22 April 2014)
: BERSIH 2.0 sokong himpunan Hari Pekerja
Lama sebelum tercetusnya himpunan-himpunan BERSIH, sudah wujud himpunan Hari Pekerja yang berterusan tahun ini seperti biasa pada Hari Pekerja Sedunia, 1 Mei.
BERSIH 2.0 menyokong penuh himpunan Hari Pekerja yang akan datang, yang bertemakan “GST: Gasak Sampai Tumbang”, anjuran sekumpulan badan bukan kerajaan dan parti politik di bawah Jawatankuasa Mei 1.
BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti kami bersama para pekerja. Hari Pekerja sudah berkembang daripada satu acara untuk memperingati perjuangan untuk keadaan bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan hidup pekerja, yang turut menjadi kepentingan kepada pengundi seperti anda dan saya.
Ini dapat dilihat dalam rangkuman isu yang meluas yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Mei 1: daripada penentangan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak telusan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik kepada desakan yang lazim untuk hak wanita, Orang Asal dan Orang Asli, pelajar dan pekerja asing serta gaji minima.
Di samping itu, tidak dilupai bahawa pekerja turut merupakan pengundi. Maka himpunan tahun ini juga akan mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras BERSIH 2.0.
BERSIH 2.0 juga melihat isu yang dibangkitkan oleh Himpunan 1 Mei sebagai manifestasi pilihan raya yang tidak adil yang telah memberi kuasa kepada kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat. Maka BERSIH 2.0 akan menyertai masyarakat madani yang lain untuk berhimpun pada 1 Mei di KLCC, 2 petang, sebelum berarak ke destinasi rancangan kami – Dataran Merdeka.
Kami menggesa semua orang, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pekerja, supaya turun padang untuk himpunan ini dan mendesak supaya hak pekerja dimajukan.
Kami ingin mengingati pihak berkuasa bahawa kebebasan berhimpun ialah hak yang dijamin di bahawa Perlembagaan Persekutuan dan adalah menjadi tradisi bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia untuk meraikan Hari Pekerja dengan menggunakan hak sejagat ini.
Hidup Pekerja!
Salam BERSIH!
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).