Perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad di Mahkamah Tentera mengenai isu dakwat kekal PRU13

MEJAR ZAIDI POSTER (9 Jun 2014) UNTUK SIARAN SEGERA

JEMPUTAN MEDIA

SIAPA: Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad
BILA: 10-12 Jun 2014 (Selasa-Khamis); 9am.
DI MANA: Mahkamah Tentera, Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.
APA: Pada 7 Februari 2014, Mejar Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera (dengan membuat laporan polis mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13) dan dua pertuduhan menghantar SMS berbaur politik.
Zaidi didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei dan 3 Mei 2013.
Beliau didakwa mengikut Sekysen 50(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Pada 8 April, Mahkamah Tentera memerintahkan lima pertuduhan yang cacat (kerana tidak membawa maksud bahawa Majlis Angkatan Tentera ialah pegawai atasan kepada Mejar Zaidi mengikut Seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972) dirujuk kepada Pihak Berkuasa Sidang (PBS) TUDM. Bagaimanapun, dua pertuduhan lain, iaitu menghantar SMS berbaur politik ketika PRU13, akan kekal didengar.
Sebanyak 41 badan bukan kerajaan termasuk BERSIH 2.0 sudah menyatakan sokongan kepada Mejar Zaidi dan menggesa supaya kes ini digugurkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal yang digunakan sewaktu PRU13, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. Persoalannya, kenapa tindakan diambil terhadap Mejar Zaidi bilamana beliau bercakap yang benar demi kepentingan awam?
#SOKONGZAIDI
BERSIH 2.0 Secretariat

Tel. No : 03-7772 3275 / 019-4380428 Fax No : 03-7784 4978