Kebebasan Akademik dan Kebebasan Bersuara Terancam

KENYATAAN AKHBAR (1 JULAI 2014)

 

BERSIH 2.0 mengecam sekerasnya tindakan campur tangan Kementerian Pendidikan dalam urusan Universiti Malaya yang telah menyebabkan perletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Dr Mohamad Redzuan Othman. Adalah amat mengecewakan apabila Kementerian Pendidikan menyerang Dr Redzuan dan hasil kajian akademik tinjauan dan persepsi pilihan raya oleh beliau yang didakwa memburukkan imej Barisan Nasional.

 

Tindakan campur tangan oleh Kemeterian Pendidikan tersebut boleh disifatkan sebagai percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan sebuah lagi pencabulan ke atas kebebasan akademik.

 

Kebebasan bersuara dan kebebasan akademik adalah asas kepada pembentukan prinsip akademik. Seseorang pensyarah atau pengajar seharusnya mempunyai ruang yang bebas untuk mengajar dan membincangkan idea dan fakta (termasuklah yang tidak menyebelahi pemerintah), manakala cendekiawan seharusnya mempunyai hak untuk berfikir, berbicara, dan melontarkan persoalan. Hak yang dinyatakan ini seharusnya boleh diamalkan tanpa sebarang ancaman mahupun tekanan kehilangan kerja, penarikan dana, hukuman, atau sebagainya.

 

Tindakan Kementerian tersebut turut membenamkan lagi perdebatan dan wacana sihat berkaitan dengan plihan raya bersih dan adil. Segenap masyarakat dalam negara ini telah mendapat manfaat hasil daripada sumbangan kajian akademik seperti yang dikeluarkan oleh Dr Redzuan dan badan-badan lain seumpamanya.

 

BERSIH 2.0 turut merakamkan ucapan tahniah kepada tindakan berprinsip Dato Saifuddin Abdullah yang meletakkan jawatan beliau sebagai Felo Penyelidik di universiti yang sama dan keberanian Kesatuan UM dan kakitangan akademiknya (PKAUM) yang bersuara menentang tindakan kementerian. Keberanian dan prinsip yang ditonjolkan ini menjadi contoh yang sangat membanggakan.

 

BERSIH 2.0 dengan ini menggesa agar Prof Dr Redzuan Othman dilantik semula ke jawatan beliau dengan segera. Kami turut menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak lagi campur tangan dan membenarkan Universiti Malaya menguruskan sendiri hal-ehwal yang berkaitan pusat kajian mereka termasuklah perlantikan dan penjawatan staf akademik.

 

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada: 

 

Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Ahmad Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Abdul Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).

 

++++++++++ 

PRESS STATEMENT (1 JULY 2014)

Academic freedom and freedom of expression under threat

 

BERSIH 2.0 condemns the interference of the Ministry of Education that resulted in the resignation of the Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) director Dr Mohamad Redzuan Othman. It is appalling that the Ministry of Education had targeted Redzuan for his academic work on electoral survey results and put him under pressure to resign because his work allegedly put Barisan Nasional in a negative light.

 

The action taken by the Ministry of Education is an attempt to stifle freedom of expression and is a severe infringement of academic freedom.

 

Academic freedom and freedom of expression form the foundation for the principles of academia. Lecturers must have the freedom to teach or communicate ideas or facts (including those that are critical of political parties, groups, or institutions) and scholars must have the freedom to question and speak their minds. They must all be able to do so without being targeted for repression, suspension, or detention or suffer any job loss, or be deprived of scholarship opportunities as a result of speaking up.

 

In addition, the Ministry’s action amounts to suppression of a healthy debate on clean and fair elections. All Malaysians must value the contribution made by UMCEDEL’s surveys, led by Dr. Redzuan, and, for that matter, any other electoral reform survey by other institutions or groups. These are efforts made towards effecting democratic changes to the electoral systems and towards improving the expression of the public will via elections.

 

BERSIH 2.0 congratulates Dato Saifuddin Abdullah for his principled action in resigning as a senior research fellow at UM. The UM union and academic staff (PKAUM) have also spoken out against the interference of the Ministry of Education. It is indeed encouraging to see brave Malaysians who are willing to stand up and be counted.

 

BERSIH 2.0 calls for the reinstatement of Redzuan Othman with immediate effect. We demand that the Ministry of Education back off and allow Universiti Malaya to make independent decisions regarding the hiring and firing of their academic staff.

 

Issued by:

 

The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises –

Maria Chin Abdullah (chairperson), Dr Farouk Musa (deputy chairperson), Masjaliza Hamzah (treasurer), Farhana Halim, New Sin Yew, Thomas Fann (southern peninsula vice-chair), Jannie Lasimbang (Sabah vice-chair), Simon Lee Ying Wai (central peninsula vice-chair) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (northern peninsula vice-chair).