MEDIA STATEMENT (4 August 2014)
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) is not surprised that Utusan Malaysia news editor Zulkiflee Bakar has chosen to misrepresent our recent statement condemning race-based delineation, given the well-known reputation of the UMNO-owned media and their ideology of championing race above all else.
In his column on Sunday, Zulkiflee accused BERSIH 2.0 of:
a) labelling PAS as racist;
b) being in cahoots with DAP and PKR to attack PAS.
Firstly, we reiterate that we are independent of any political party.
Secondly, we invite readers to read our original statement, published on our website (https://www.bersih.org/bersih-2-0-race-based-delineation-unconstitutional/), and see for themselves the truth in these accusations.
The first accusation is easily rejected—nowhere did we say PAS was racist. We voiced disapproval that the party was even considering such a plan, pointed out that it was unconstitutional in spirit and letter, and called out the party for betraying its own promise that it was a party for all.
The second is as completely baseless. With no evidence offered, it should be dismissed for what it is—a wild accusation.
Needless to say, the lack of verification has never stopped Utusan from publishing its stories. In fact, Utusan has been found guilty in court of unverified reporting in several high-profile cases and has had to pay thousands of ringgit in compensation for defamation to public figures such as Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Khalid Samad and Teresa Kok. In a case brought by Anwar, Utusan’s lawyer notoriously argued that “if newspapers have to go through the full process of ascertaining the truth, the details, they wouldn’t be able to report the next day” and that the media does not have the “luxury of time” to check the facts in every news report.
BERSIH 2.0 is clear on our position: We are against any delineation or seat increase based on race. We have consistently taken a position on principle and it is no different here.
Our position also comes from the fact that the BERSIH 2.0 movement is supported by all Malaysians regardless of ethnic background, as evident in the support shown during the Bersih rallies.
Issued by,
The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises:
Maria Chin Abdullah (Chairperson), Dr Ahmad Farouk Musa (Deputy Chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Abdul Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Sabah Vice-chair), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak Vice-chair), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula Vice-chair), Thomas Fann (South Peninsula Vice-chair), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula Vice-chair) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula Vice-chair).
KENYATAAN MEDIA (4 Ogos 2014)
BERSIH 2.0: Tuduhan Utusan tidak berasas
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak terkejut bahawa editor berita Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar memilih untuk memberi gambaran yang salah mengenai kenyataan terbaru kami yang mengutuk persempadanan berasaskan kaum. Kolum beliau pada hari Ahad lalu tidak menghairankan, memandangkan reputasi media milik UMNO dan ideologi mereka yang memperjuangkan kaum atas segala-galanya.
Zulkiflee menuduh BERSIH 2.0:
a) melabel PAS rasis;
b) bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menyerang PAS.
Pertama, BERSIH 2.0 ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami bebas daripada mana-mana parti politik.
Kedua, kami menjemput pembaca membaca kenyataan asal kami, yang diterbitkan di laman web kami (https://www.bersih.org/bersih-2-0-race-based-delineation-unconstitutional/) dan melihat sendiri kebenaran tuduhan-tuduhan ini.
Tuduhan pertama mudah ditolak—tidak ada ayat dalam kenyataan kami yang menuduh PAS rasis. Kami mengecam parti tersebut kerana mempertimbangkan kaum sebagai asas strategi persempadanan kawasan pilihan raya. Kami menegaskan bahawa ia tidak mengikut Perlembagaan. Dan kami menegur PAS kerana mengkhianati janji sendiri bahawa ia sebuah parti untuk semua.
Tuduhan kedua juga tidak berasas. Tidak ada bukti yang diberi untuk tuduhan itu dan ia seharusnya dikecam sebagai tuduhan liar.
Tidak hairan juga ketiadaan pengesahan fakta tidak pernah menghalang Utusan daripada menyiarkan cerita mereka. Malah, Utusan telah didapati bersalah di mahkamah kerana membuat laporan yang tidak disahkan dalam beberapa kes dan terpaksa membayar beribu-ribu ringgit pampasan kerana fitnah, kepada orang ternama seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Khalid Samad dan Teresa Kok. Di dalam kes Anwar, peguam Utusan tersebut berhujah bahawa “jika akhbar perlu melalui seluruh proses untuk menentukan apa yang benar, butir-butir, mereka tidak akan dapat melaporkan berita itu pada hari berikutnya” dan bahawa media tidak mempunyai “kelapangan masa” untuk memeriksa fakta dalam setiap laporan.
Pada BERSIH 2.0 pendirian kami jelas: Kami menentang sebarang persempadanan atau penambahan kerusi badan perundangan yang berdasarkan kaum. Kami telah mengambil pendirian yang berdasarkan prinsip secara konsisten dan begitu juga halnya dalam kes ini.
Pendirian kami juga berpunca daripada hakikat bahawa gerakan BERSIH 2.0 disokong oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang etnik, seperti yang terbukti dalam sokongan yang ditunjukkan di semua himpunan Bersih.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Ahmad Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Abdul Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).