KENYATAAN MEDIA BERSIH 2.0 (11 OGOS 2014)
BERSIH 2.0 hari ini berpendirian bahawa Pakatan Rakyat perlu dengan kadar segera menamakan Menteri Besar yang baharu dari kalangan mereka untuk menangani dan menamatkan krisis perlembagaan yang sedang melanda Selangor.
BERSIH 2.0 terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan dengan kedudukan beliau di Selangor. Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah pun menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor hari ini. Maka yang demikian, untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baharu.
Berikut adalah pendirian penuh BERSIH 2.0:
- Badan Eksekutif dalam sistem berparlimen seperti yang diamalkan di negara ini perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang seia dan sekata. Tidak wajar sebuah kerajaan atau badan eksekutif dianggotai oleh ahli yang bercanggahan dari segi kedudukan politik. Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan disamping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya.
- Seorang Menteri Besar perlu ditentukan oleh parti politik atau gabungan yang mendapat majoriti di dalam pilihan raya, bukan sebaliknya. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat di Selangor bertanggungjawab memanggil sidang kaukus yang perlu dihadiri oleh kesemua 43 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, yang telah pun membentuk majoriti 2/3 DUN bagi melantik ketua ADUN yang baru dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar. Pakatan Rakyat kemudiannya boleh mengemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu secara rasmi untuk perkenan Sultan.
- Dengan nama calon yang dikemukakan melalui lantikan kaukus ADUN Pakatan Rakyat tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan kini jelas boleh menentukan ADUN yang benar-benar secara sah mendapat sokongan majoriti dalam kalangan mereka, seterusnya layak dan perlu diperkenankan menjadi Menteri Besar seperti yang digariskan di dalam Artikel 53(2) Perlembagaan Negeri.
- Kami memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi ruang kepada proses ini mengambil tempat di Dewan Undangan Negeri. Adalah penting bagi DYMM Sultan dari kalangan Raja Berperlembagaan untuk tidak diheret ke dalam pergelutan politik partisan yang hanya akan mencemarkan imej dan nama baik DYMM.
- Setiap pihak dan parti yang terlibat perlu mengambil langkah segera dalam menangani krisis ini secara bijak dan mengikut Perlembagaan. Kepentingan rakyat Selangor, kelangsungan Raja-raja Berperlembagaan, dan keutuhan kerajaan Negeri perlu diutamakan berbanding mana-mana kepentingan peribadi, mahupun kepentingan parti, individu atau badan institusi.
Ditandatangani oleh
Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0*, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Ahmad Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Abdul Halim, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).
*New Sin Yew, yang merupakan ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, menarik diri daripada kenyataan ini untuk mengelakkan percanggahan kepentingan kerana firma guamannya bertindak untuk Tan Sri Khalid Ibrahim.
===========================================================
PRESS STATEMENT
11 August 2014
Pakatan Rakyat should elect a new MB candidate to end the constitutional crisis.
BERSIH 2.0 is of the view that the Pakatan Rakyat should elect a new MB candidate to end the constitutional crisis.
Bersih 2.0 is shocked by the announcement made by Menteri Besar (MB) Khalid Ibrahim. We are gravely concerned that the Selangor’s impasse over Menteri Besar (MB) Khalid Ibrahim has descended into a constitutional crisis. We urge the Pakatan Rakyat to immediately elect a new MB candidate through its party caucus to diminish any royal doubt on the matter.
BERSIH 2.0’s full position is as follows:
- The Executive in the parliamentary system (which Malaysia adheres to) has to function as a team. A divided cabinet simply cannot stand alone. There cannot be a parliamentary government that consists of a Chief Executive and other ministers who are politically opposed to each other. The retention of Khalid Ibrahim as the MB has irresponsibly landed Selangor into an unprecedented constitutional crisis and denied the people of Selangor a legitimate and functional government.
- The MB must be decided by the majority party / coalition elected by the people, and not by any unelected institution. Therefore, the Selangor Pakatan Rakyat is duty-bound to convene a caucus meeting attended by all 43 of its state assemblypersons (ADUNs) – which constitutes an unquestionable majority in the 56-member Assembly — to elect their new coalition leader, who should assume the office of MB. The Pakatan Rakyat can then officially propose the new MB candidate to the Palace.
- Once the Pakatan Rakyat presents its new leader elected by its caucus, His Royal Highness will then know for certain which state assemblyperson is “command[ing] the confidence of the majority of the members of the Assembly”, as per His constitutional duty in appointing the MB. This is in accordance to Article 53(2)(a) of Selangor State Constitution.
- We urge His Royal Highness to respect the due process of parliamentary government. It is important that theconstitutional monarch should not be dragged into partisan politics and tarnish its above-the-fray image.
- All parties should move swiftly to do what is expected in the Constitution and by the conventions of parliamentary government to end this constitutional crisis. The interests of the people of Selangor as well as the health of the constitutional monarchy. Parliamentary government should prevail before narrow gains of any individuals, parties or institutions.
Signed by the Steering Committee of BERSIH 2.0*, which comprises:
Maria Chin Abdullah (Chairperson), Dr Ahmad Farouk Musa (Deputy Chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Abdul Halim, Jannie Lasimbang (Sabah Vice-chair), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak Vice-chair), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula Vice-chair), Thomas Fann (South Peninsula Vice-chair), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula Vice-chair) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula Vice-chair).
*New Sin Yew, a BERSIH 2.0 national Steering Committee member, abstained from this statement to avoid a conflict of interest since his firm is acting for Tan Sri Khalid Ibrahim.