Baralah dan Rebaklah, Unggun Demokrasi!

Seorang peserta Bersih 2.0 mengingati perjuangan yang epic ini dengan sebegini:

 

Mereka kurungkan hati bandaraya, 
tetapi Dallas kurungan terlahirnya persaudaraan kita.

Mereka memancarkan gas pemedih mata dan meriam air ke jasad kita,
tetapi yang dihancurkan hanyalah ketakutan kita.

Kita pergi ke jalanan mencari demokrasi
tetapi yang terjumpa ialah negara baru kita.

 

Atau dalam bahasa Inggeris:

 

They locked down the city,

only to lock us into solidarity.

They fired tear gas and water cannons at us,

only to crush our fear.

We went to the streets to seek democracy, 

only to find a nation.

 

Dalam keganasan polis pada 709, Malaysia baru yang tidak lagi ketakutan kepada kepelbagaian dan perbezaan sesama kita, tidak lagi ketakutan kepada kezaliman, telah dilahirkan. Malaysia 2.0

 

(In the baptism of police violence, a new nation, one that is fearless of her diversity and differences, fearless of tyranny, was born on the streets of Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysia 2.0, if you will)

 

Hidup! Hidup! Hidup Bersih!

 

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, kita ada lagi perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012. Sekali lagi rakyat dizalimi dengan keganasan polis, malah Bersih 2.0 masih dituntut pampasan kerana tidak menjaga keselamatan kenderaan polis. Tetapi, sekali lagi rakyat berdiri teguh menuntut kebersihan. Dan Bersih juga tetap berjuang, termasuk menganjurkan dengan Mafrel and Pusat Komas tindakan Pemantau untuk PRU ke-13.

 

Akhirnya, kemarahan rakyat tentang kezaliman dan keangguhan pemerintah membawa kepada perubahan yang tidak pernah berlaku. PRU-13 menyaksikan BN kehilangan undi majoriti, hanya pada 47%, tetapi BN kekal berkuasa akibat persempadanan kawasan pilihanraya yang tidak adil dan tidak sekata, atau gerrymandering dan malapportionment dalam bahasa Inggeris. Tribunal Rakyat tentang penipuan dalam PRU-13 yang didirikan oleh Bersih mendapati bahawa: “hampir setiap prinsip yang perlu untuk pilihanraya yang bebas dan adil telah dilanggari.” (“almost every tenet needed to conduct a free and fair election was violated.”)

 

Tuan-tuan dan Puan-puan, sungguhpun PRU-13 gagal mengubah kerajaan kerana penipuan sistemik, rakyat Malaysia telah membangkit dan Bersih 2.0 adalah sebahagian daripada sejarah yang megah ini. Saya ingin menjemput semua untuk bersama-sama memberikan tepukan gemuruh kepada pucuk pimpinan Bersih 2.0 untuk fasa ini, diketuai Dato Ambiga dan Pak Samad dan juga para pahlawan Bersih 2.0 di setiap perusuk di Negara kita.

 

Tiga Cabaran Kita Dalam Bersih 2.0 Fasa 2