Baralah dan Rebaklah, Unggun Demokrasi!

Tuan-tuan dan Puan-puan, saya dan barisan pimpinan Bersih 2.0 yang baru amat berasa bangga dan juga berterima kasih atas tanggungjawab kami untuk meneruskan perjuangan Bersih yang gemilang ini.

 

Kami sedar dengan tiga cabaran raksasa di depan Bersih 2.0 untuk Fasa ke-2 ini, sehingga berjalannya PRU14.

 

Cabaran 1: Persempadanan Semula

 

Cabaran yang pertama, persempadanan semula kawasan pilihanraya semestinya akan berlaku sebelum PRU14. Sebabnya Pakatan Rakyat memenangi 51% undi tetapi cuma mendapat 47% kerusi parlimen dan dinafikan haknya memerintah adalah akibat daripada persempadanan pada tahun 2003 dan 2005. Kerana gerrymandering dan malapportionment yang dahsyat, satu undi untuk BN dalam PRU13 sama dengan 1.8 helai undi untuk Pakatan Rakyat. Kalau kita pecahkan undi Pakatan kepada tiga-tiga parti masing-masing, maka satu undi BN itu hampir sama dengan nilai 2 undi untuk PAS.

 

Kita semua berasa marah atas ketidaksekadaran atau disproportionality yang begitu serius sekali – 2 kali! Tetapi, tuan-tuan dan puan-puan, tahukah anda keputusan PRU13 adalah yang paling tidak teruk sekali? Pada PRU11 (2004), satu undi untuk BN sama nilai dengan 26 undi untuk Parti Keadilan. Yang paling teruk lagi, pada tahun PRU7 (1986), satu undi untuk BN sama nilai dengan 40 undi untuk PAS. Kalau kita tidak menghalang salahlaku oleh SPR dalam persempadanan yang akan datang, maka tidak hairan sekali kalau sejarah 2004 atau 1986 itu diulangi.

 

Baru-baru ini, perbincangan whatapp Dr Zuhdi yang terbocor mendedahkan bahawa ada pihak dalam PAS yang beria-ia ingin bersekutu dengan UMNO untuk memanipulasikan proses persempandanan. Saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang ingin bersubahat dengan SPR dalam persempadanan kawasan, bukan sahaja penipuan sebegini adalah salah dari sisi demokrasi, Islam dan agama lain, mereka juga mungkin menjadi mangsa kepada tipu-muslihat SPR.

 

Sejarah menunjukkan SPR dari dulu sampai sekarang adalah alat kotor BN untuk mengekalkan kuasa. Mereka telah membelakangkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh DYMM Yang diPertuan Agong. Saya mengulangi seruan Bersih agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz dan rakan-rakannya meletak jawatan untuk membolehkan reformasi pilihanraya.

 

Cabaran 2: Kegagalan Kerajaan Berparlimen

 

Cabaran yang kedua ialah kegagalan system kerajaan berparlimen kita. Di peringkat, sungguhpun Pakatan Rakyat memenangi 51% undi dan 40% kerusi, ahli-ahli parlimennya tidak dapat membawa pemeriksaan dan pengimbangan yang lebih berkesan. Rang-rang undang-undang yang ditolak orang ramai seperti untuk pindaan Pencegahan Jenayah atau pelaksanaan GST itu diluluskan dengan langsung tidak menghiraukan suara rakyat. Tiada sebarang pengiktirafan untuk pembangkang yang sebenarnya mewakili suara majoriti dengan institusi seperti cabinet bayangan (shadow cabinet). Rang Undang-undang Ahli Peribadi (Private Members’ Bill) sekalipun yang tidak kontroversial seperti Social Inclusion Bill ditenggelamkan dalam agenda sampai tidak dapat dipertimbangkan. Kita juga tidak melihat reformasi yang terlalu banyak di peringkat negeri kecuali di DUN Selangor and Penang. Sekalipun di Selangor, dalam krisis pemecatan MB, kita tidak nampak kaukus parti Pakatan Rakyat diberi kuasa memilih ketua mereka, sedangkan ini adalah kelaziman di bawah system berparlimen Westminster.

 

Cabaran 3: Kenaikan Politik Extrimisme Kaum dan Agama

 

Cabaran yang ketiga ialah politik extrimisme kaum dan agama yang semakin meningkat selepas PRU13. Nilai-nilai sejagat yang menjadi asas pembentukan Negara kita seperti demokrasi, kebebasan, keadilan, hak asasi manusia dan kasih-sayang semua diketepikan atau ditolak langsung. Sekalipun road bully boleh dijadikan “hero” ataupun ditumpahi simpati berunsurkan kaum oleh kumpulan seperti Perkasa dan Pemuda UMNO.

Bersih 2.0 khuatir dengan rasa kecewa malah putus asa yang semakin berluluasa di antara rakyat Malaysia kerana kenyataan dan perbuatan kumpulan-kumpulan extremis ini. Maka, Bersih 2.0 menyanjung tinggi usaha untuk menegakkan suara yang sederhana seperti pergerakan Negaraku oleh Datuk Ambiga, Pak Samad, Saudara Zaid Kamaruddin dan ramai rakan seperjuangan dalam Bersih 2.0 dan masyarakat sivil amnya; dan juga NGO anti-perkauman yang ditubuhkan oleh Datuk Saiffudin Abdullah dan Datuk Mujahid Yusof Rawa.

 

Haluan Kerja Bersih 2.0 Fasa 2

 

Menyedari ketiga-tiga cabaran ini. Bersih 2.0 dalam Fasa 2 ini akan memperjuangkan pendemokrasian yang lebih menyeluruh.

 

Daripada segi kumpulan sasaran, Bersih 2.0 akan memperluaskan jaringannya supaya tidak terlalu berpusatkan Lembah Kelang. Untuk mempertingkatkan perwakilan dari negeri lain, struktur AJK pemandu sekarang mempunyai 6 orang naib pengerusi yang mewakili Sabah, Sarawak, Zon Timur Semenanjung, Zon Selatan Semenanjung, Zon Tengah Semenanjung dan Zon Utara Semenanjung. Bersih 2.0 akan mempertingkatkan kerja outreach dengan orang muda dan juga komuniti orang asal dan orang asli.

 

Daripada segi fokus kerja, reformasi pilihanraya akan terus menjadi fokus utama kerja Bersih 2.0 tetapi kami juga akan mengambil berat reformasi dalam institusi-institusi penting dalam kehidupan demokrasi kita. Untuk tahun 2014 dan 2015, Bersih 2.0 telah menyusun dua projek utama, iaitu persempadanan semula kawasan pilihanraya dan juga reformasi parlimen.

 

Projek Utama 1 – DART