UNTUK SIARAN SEGERA (25 Ogos 2014)
SIAPA: Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad
BILA: 26 Ogos 2014 (Selasa); 9am.
DI MANA: Kompleks Mahkamah Tentera, Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.
APA: Mejar Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan media di dua tempat pada dua masa yang berlainan, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakkekalan dakwat kekal yang digunakan dalam undian awal Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan. Menurut pertuduhan tersebut, isu itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.
Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar SMS berbaur politik.
Mejar Zaidi didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
————–
Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.
Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah.
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami 019-4380428
Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sebanyak sekurang-kurangnya 41 badan bukan kerajaan termasuk BERSIH 2.0 sudah menyatakan sokongan kepada Mejar Zaidi dan menggesa supaya kes ini digugurkan demi keadilan yang sewajarnya.
#SOKONGZAIDI