Mansuhkan Akta Hasutan Sekarang!

Kenyataan Media, 26 Ogos 2014

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memandang serius dengan perkembangan terbaharu berkaitan penggunaan berterusan Akta Hasutan sebagai senjata untuk menutup hak kebebasan bersuara di negara kita.

Hari ini, 26 Ogos 2014, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad telah didakwa di bawah akta ini hanya atas lontaran pandangan beliau berkaitan dengan pemansuhan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Esok, 27 Ogos 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer juga bakal didakwa di bawah akta yang sama manakala Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli pula akan disiasat juga di bawah Akta Hasutan.  Mereka bakal menyertai senarai panjang individu-individu yang telah didakwa di bawah akta kejam ini termasuklah seperti:

1. N. Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai

2. Adam Adli, aktivis

3. Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

4. Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA

5. Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh

Dengan perkembangan mutakhir ini, jelaslah bahawa Akta Hasutan akan terus digunakan bagi mendakwa dan menekan mana-mana pihak yang bercanggah dengan pandangan dari status quo. Hal ini terang-terangan bertentangan dengan semangat demokrasi yang sentiasa meraikan perbezaan hujah dan pandangan.  Sebuah kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat adalah sebuah kerajaan yang turut menafikan hak untuk rakyatnya membuat pilihan yang berpandukan maklumat ketika mengundi di pilihan raya dan dalam segala bidang kehidupan yang lain.

Akta Hasutan wajib dimansuhkan segera. BERSIH 2.0 secara konsisten menentang penggunaan Akta Hasutan sebagai cara untuk menutup suara dan perbezaan pandangan. Kita harus mempunyai keyakinan kepada masyarakat bawah mereka tidak memerlukan sebarang akta untuk menilai dan membuat keputusan apabila berhadapan dengan perbezaan pandangan, ucapan yang provokatif, kecuali ucapan yang menggalakkan kebencian atau mendorong ke arah keganasan.  

Dikeluarkan oleh, 

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang berikut:

 Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Ahmad Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Abdul Halim, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).

 

Abolish Sedition Act Now!

Media Statement, 26 August 2014

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) is gravely concerned at the continued use of the Sedition Act to shut down debate and dissent in Malaysia.

Today, on the 26th of August, the MP for Shah Alam Khalid Samad was charged for sedition over his suggestion that the executive powers of Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) be abolished. On the 27th, Seri Delima assemblyperson RSN Rayer will be charged and Pandan MP Rafizi Ramli will be investigated, also for offences under the Sedition Act. They join a long list of persons recently charged under the act, including:

1. N. Surendran, MP for Padang Serai
2. Adam Adli, Activist
3. Tian Chua, MP for Batu
4. Abdullah Zaik Abdul Rahman, President of Isma 5. Teresa Kok, MP for Seputeh

There is a clear and ongoing escalation in the use of the Sedition Act to stifle anything perceived to be even the slightest challenge to the prevailing political status quo. This is profoundly antithetical to democracy, which thrives on a robust flow of ideas and information. A government that suppresses the right of citizens to seek and express diverse opinions is a government that violates these citizens’ right to

make informed choices at the ballot box and beyond.

The Sedition Act must be abolished. BERSIH 2.0 opposes the use of the Sedition Act as a means to silence any view; we must trust that communities of people are capable of deciding for themselves how to deal with disagreements and debate, short of hate speech or incitements to violence.

Issued by,
The following members of the Steering Committee of BERSIH 2.0:

Maria Chin Abdullah (Chairperson), Dr Ahmad Farouk Musa (Deputy Chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Abdul Halim, Jannie Lasimbang (Sabah Vice-chair), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak Vice-chair), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula Vice-chair), Thomas Fann (South Peninsula Vice-chair), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula Vice-chair) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula Vice-chair).