KENYATAAN MEDIA (8 Oktober 2014)
Jawatankuasa Pemilihan BERSIH 2.0 dengan ini mengumumkan bahawa Tuan Syed Ibrahim Syed Noh daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0 yang baru mulai 9 Oktober 2014.
Penyandang Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0 sebelum ini, Dr Ahmad Farouk Musa, telah meletak jawatan pada bulan Ogos dan satu pemilihan semula telah diadakan. Pencalonan telah dibuka pada 24 September dan pemilihan telah dijadualkan untuk 29 Oktober. Namun, oleh sebab tiada percalonan lain untuk jawatan Timbalan Pengerusi, maka Tuan Syed Ibrahim dipilih bagi jawatan tersebut tanpa bertanding.
Dua ahli Jawatankuasa Pemandu baru yang dipilih ialah Cik Fadiah Nadwa Fikri dan Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff. Dua calon ini juga menang jawatan ini tanpa bertanding.
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada:
Muhammad Sha’ani Abdullah
Roger Chan
Stanley Yong