Media Statement (9 October 2014)
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) calls upon the Election Commission and all political coalitions and parties involved to reveal the full details of the upcoming redelineation of electoral boundaries.
For starters, the EC must state exactly when the exercise will commence. The last one was undertaken in 2003 and, according to the constitutional requirement that the next exercise can only be done eight years after the previous one, a redelineation has been due since 2011. But GE13 was in the way then and it was deferred.
Now, more than a year after GE13, the EC has not stated when it will embark on the redelineation exercise. A matter of huge public importance has been reduced to a guessing game, much like how general elections have always been and thereby causing great inconvenience to the people.
The seeming flexibility allowed for by the Federal Constitution in implementing redelineation is no excuse for the EC to willfully ignore their responsibility with regard to proactive disclosure of important electoral-related matters and procedures.
Of pressing concern is the likelihood of an overall seat increase in both parliamentary and state constituencies, which several top EC officials have hinted of in media reports.
Seat increase should not be taken as a matter of fact. There are huge ramifications to it, from facilitating more gerrymandering and malapportionment to undermining parliamentary efficiency and further burdening the national budget in terms of salaries and other perks for elected representatives. Hence, if the EC intends to increase seats, it must justify the case for all of them and state how each will be carved out of existing constituencies.
We also call on all political coalitions and parties—Barisan Nasional, PKR, PAS and DAP to state their respective position on seat increase. We reiterate and stress our position that an overall seat increase under current conditions would be against the people’s interest.
For the EC, here are some questions we want answers to:
- Will the redelineation adhere to the constitutional requirement for all constituencies to be “approximately equal”, which is guided by the fundamental principle of “one person, one vote, one value” (OPOVOV)?
- What is the average constituency size for each state and what are the variances between the smallest and the biggest constituencies within and between the states?
- Will it be based on ethnicity and designed to favour the ruling party, as how it had been in the past according to a former Election Commission chairperson?
- What is the timeframe for the entire process?
- Will the EC observe the democratic process of public consultation as well as the parliamentary process of amending Article 46 if the delineation involved seat increase?
The fact that the redelineation is likely to be based on an Electoral Roll that has been shown to be highly problematic is another concern, on which the EC has done little to allay our fears.
BERSIH 2.0 holds that the overdue redelineation should focus solely on adjusting present boundaries to mitigate gerrymandering and malapportionment. And while the disadvantages faced by rural voters and their representatives in terms of reach certainly merits consideration, they cannot be used as an excuse for unbridled malapportionment. Limitations with regard to communications, transportation and other facilities must be resolved within those spheres and not by compromising OPOVOV.
Again we call on the EC and all political parties to come clean on their positions on gerrymandering, malapportionment and seat increase. They need to know that they are not the only stakeholders in this process and that it is the rakyat who have to live with the consequences of bad redelineation.
We wish to remind all in power that it is in their interest to ensure maximum disclosure on this issue—remember, transparency fosters trust while secrecy breeds distrust.
Issued by the BERSIH 2.0 Steering Committee, which consists of:
Maria Chin Abdullah (Chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Abdul Halim (national representative), New Sin Yew (national), Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).
Kenyataan Media (9 Oktober 2014 )
SPR dan semua parti politik perlu jelaskan perihal persempadanan semula
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0 ) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya dan semua pakatan serta parti politik yang terlibat untuk mendedahkan butir-butir penuh tentang persempadanan semula yang akan dijalankan.
Sebagai permulaan, SPR mestilah menyatakan bila persempadanan akan dijalankan. Kali terakhir ia dilaksanakan adalah pada tahun 2003 dan, mengikut peruntukan Perlembagaan, yang seterusnya harus dilakukan dalam jangka masa lapan tahun. Ini bermakna persempadanan sepatutnya dijalankan sejak tahun 2011. Namun oleh sebab Pilihan Raya Umum ke-13 juga perlu dijalankan sekitar waktu itu, persempadanan semula ditangguhkan.
Kini, lebih daripada setahun selepas PRU13, SPR masih belum menyatakan bila ia akan memulakan sempadan semula. Suatu perkara yang mempunyai kepentingan awam dijadikan teka-teki, sama seperti pilihan raya umum dan ini telah menimbulkan kesulitan besar kepada rakyat.
Fleksibiliti yang seolah-olah dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam pelaksanaan persempadanan semula bukannya alasan untuk SPR mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pendedahan proaktif segala perkara dan tatacara yang berkaitan dengan pilihan raya yang penting.
Yang amat membimbangkan adalah kemungkinan peningkatan jumlah kerusi secara keseluruhan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, yang pernah dirujuk oleh beberapa pegawai SPR atas dalam laporan media.
Peningkatan jumlah kerusi atau kawasan pilihan raya tidak boleh diambil sebagai perkara biasa. Terdapat kesan yang besar: ia memudahkan lebih banyak amalan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya yang disebut gerrymandering dan agihan tidak serata jumlah pengundi (malapportionment); ia menjejaskan kecekapan Parlimen; dan ia membebankan lagi belanjawan negara dari segi peruntukkan gaji dan faedah lain bagi wakil-wakil rakyat. Oleh itu, jika SPR bercadang untuk menambah jumlah kerusi, ia mesti memberi justifikasi bagi setiap satu kerusi dan menjelaskan cara setiap kawasan pilihan raya akan diukir daripada peta yang sedia ada.
Kami juga menyeru kepada semua pakatan dan parti politik – Barisan Nasional, PKR, PAS dan DAP – untuk menyatakan kedudukan masing-masing tentang isu peningkatan jumlah kerusi . Kami mengulangi dan menekankan kedudukan kami bahawa peningkatan jumlah kerusi secara keseluruhan di bawah keadaan semasa adalah bercanggahan dengan kepentingan rakyat. Bagi SPR, yang berikut adalah antara beberapa soalan yang kita mahu jawapannya:
Adakah SPR akan menjalankan persempadan semula dengan mematuhi keperluan Perlembagaan untuk semua kawasan pilihan raya bersaiz “lebih kurang sama”, yang dipandu oleh prinsip asas “satu orang, satu undi, satu nilai” (one person, one vote, one value atau singkatannya OPOVOV)?
Apakah saiz purata kawasan pilihan raya bagi setiap negeri dan apakah perbezaan di antara kawasan pilihan raya yang terkecil dan yang terbesar di dalam dan di antara negeri-negeri?
Adakah persempadanan semula berdasarkan etnik dan direka untuk memihak kepada parti pemerintah, sebagaimana yang berlaku pada pada masa lalu mengikut seorang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Apakah jangka masa bagi keseluruhan proses tersebut?
Adakah SPR akan mematuhi proses demokrasi dengan mengadakan perundingan awam dan juga proses Parlimen dengan meminda Perkara 46 jika persempadanan semula melibatkan peningkatan jumlah kerusi?
Hakikat bahawa persempadan semula besar kemungkinannya berdasarkan Daftar Pemilih yang telah dibuktikan sebagai sangat bermasalah turut menjadi kebimbangan kami, dan SPR juga tidak berbuat banyak untuk meredakan keraguan kami.
BERSIH 2.0 berpendapat bahawa persempadanan semula harus memberi tumpuan semata-mata kepada pengurangan pemesongan akibat gerrymandering dan malapportionment. Kami mengakui kesukaran yang dihadapi oleh pengundi luar bandar dan wakil-wakil mereka dari segi perhubungan perlu diberi pertimbangan, namun ia tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk agihan tidak serata yang tidak terkawal dan berlebihan. Masalah komunikasi, pengangkutan dan kemudahan lain harus diselesaikan dalam bidang berkenaan dan bukannya dengan menjejaskan OPOVOV.
Sekali lagi kami menyeru SPR dan semua parti politik untuk menjelaskan kedudukan mereka berkenaan gerrymandering, malapportionment dan peningkatan jumlah kerusi. Mereka perlu tahu bahawa mereka bukanlah satu-satunya pihak yang berkepentingan dalam proses ini dan bahawa rakyatlah yang terpaksa hidup dengan akibat persempadanan semula yang buruk.
Kami ingin mengingatkan semua pihak yang berkuasa bahawa ia adalah demi kepentingan mereka untuk memastikan pendedahan maksimum tentang isu ini—ingat, ketelusan menggalakkan kepercayaan manakala kerahsiaan melahirkan rasa tidak percaya.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Abdul Halim (wakil kebangsaan), New Sin Yew (wakil kebangsaan), Jannie Lasimbang (wakil Sabah), Ahmad b. Awang Ali (wakil Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (wakil Semenanjung Timur), Thomas Fann (wakil Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (wakil Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (wakil Semenanjung Utara).