JEMPUTAN MEDIA: Sidang media mengenai Agenda Pembaharuan Berkenaan Parlimen (15 Okt 2014)

Kepada Pengarang,

 

Para wartawan dijemput ke Sidang Media yang akan diadakan setelah selesainya taklimat bertajuk “Agenda Pembaharuan Berkenaan Parlimen” (Parliametary Reform Agenda) anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi Ahli Dewan Rakyat.

 

Agenda utama Pembaharuan Berkenaan Parlimen adalah untuk:

 

  • Memerhati dan menilai tugas kerja ahli parlimen dan Kerajaan (menyemak dan mengimbangi);
  • Perdebatan dan kelulusan Akta dan polisi’
  • Membolehkan perwakilan yang lebih baik daripada ahli Parlimen kawasan mereka melalui platform perundingan atau mekanisme lain;
  • Memastikan masa sesi sidang Parlimen mencukupi; dan
  • Meningkatkan mutu dan peranan Dewan Negara.

 

Butir-butir Sidang Media —

 

Tarikh: 15 Oktober 2014 (Rabu)

Masa: 2.30 petang 

Tempat: Bilik Jawatankuasa II, Aras 2, Bangunan Utama (lama), Parlimen Malaysia. 

 

Antara yang akan hadir: Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), Dato’ Saifuddin Abdullah (CEO Global Movement of Moderates) dan Syahredzan Johan (Majlis Peguam) (Projek Beres).

 

Diharap pihak media dapat membuat liputan tentang agenda ini ke arah merealisasikan visi Perdana Menteri menjadikan negara demokrasi yang terbaik di dunia.

 

Terima kasih.

 

Sekretariat BERSIH 2.0