Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH 2.0) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai Sekretariat BERSIH 2.0 sebagai:
PEGAWAI MEDIA DAN KOMUNIKASI
Bakal pegawai perlu berpengetahuan dalam hal-ehwal demokrasi dan isu-isu pembaharuan pilihan raya. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang matang dan mempunyai kemahiran yang baik dalam bidang berikut: komunikasi, penulisan (Bahasa Melayu) dan sosial media.
Bidang tugas:
• Menyelia, memantau dan melaksanakan rancangan kerja komunikasi untuk memajukan misi dan objektif BERSIH 2.0.
• Menyedia dan menyelaraskan maklumat dan maklum balas kepada isu-isu BERSIH 2.0 melalui kenyataan media, artikel, sidang akhbar dan lain-lain.
• Mewujud dan mengemaskini kenalan media dan membina hubungan profesional dengan para pengarang dan wartawan.
• Membina jaringan dan perkongsian dengan NGO, agensi kerajaan dan institusi lain, di dalam dan luar negara.
• Menyelaras, membangun dan melaksanakan strategi dan rancangan sosial media.
================================================== =======
Emel CV anda dan gaji yang diminta kepada: [email protected]
BERSIH 2.0 ialah gabungan bukan kerajaan yang terdiri daripada 86 pertubuhan masyarakat awam, dan berusaha untuk mencapai pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.