SIARAN MEDIA (12 Disember 2014)
Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bersambung semula pada:
Tarikh : 15 Disember 2014 (Isnin).
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera (TUDM) Pangkalan Udara KL, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ini berikutan kemungkinan wujudnya prejudis dalam panel penghakiman (lihat kenyataan BERSIH 2.0 https://www.bersih.org/
Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh kira-kira 1KM.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah.
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep di talian 03-77723275/019-4380428
Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.