BERSIH 2.0 to file police report on Facebook comment in Malaysiakini regarding Major Zaidi’s trial

MejarZaidi_kronologi

MEDIA ADVISORY

WHO: BERSIH 2.0 Deputy Chairperson Sarajun Hoda Abdul Hassan

WHAT: Deputy Chairperson Sarajun Hoda Abdul Hassan will be lodging a police report on behalf of the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) regarding a Facebook comment that was tagged to the Malaysiakini report (Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani; 20 October 2014), which originated from the Facebook account of one “Saadon T’son”.

WHERE: Petaling District Police Headquarters, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

WHEN: 1 January 2015 (Thursday); 11am.

WHY: BERSIH 2.0 is urging the police to investigate the source of the comment as it has urgent implications on the integrity of the panel in the court martial of Major Zaidi Ahmad and his constitutional right to a fair trial. The court intends to give its verdict on 8 January 2015 despite an application for leave for judicial review that will only be heard on 5 February.

The application for judicial review was made following the court’s dismissal, without reasonable explanation, of a mistrial as requested by the defence counsel following the recent detection of the Facebook comment in Malaysiakini, which implicated the presiding officer.

Major Zaidi is facing two charges: of making a media statement over his disappointment with the failure of the indelible ink during early voting of the 13th General Election; and of leaking to the media an official memo on his job transfer a few days after that.

 

++++++++++ 

Laporan polis BERSIH 2.0 tentang komen Facebook dalam Malaysiakini berkenaan perbicaraan Mejar Zaidi

SIAPA: Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0 Sarajun Hoda Abdul Hassan 

APA: Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0 Sarajun Hoda Abdul Hassan akan membuat laporan polis bagi pihak Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tentang komen dalam laporan Malaysiakini yang bertarikh 20 Oktober 2014, yang berasal daripada akaun Facebook milik seorang bernama “Saadon T’son”.

DI MANA: Ibu Pejabat Daerah Petaling, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

BILA: 1 Januari 2015 (Khamis); 11 pagi.

KENAPA: 

BERSIH 2.0 menggesa pihak polis supaya menyiasat sumber komen tersebut kerana ia menimbulkan kemusykilan terhadap integriti panel kehakiman dalam perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad dan justeru itu juga hak beliau untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Mahkamah tentera akan memberi keputusannya pada 8 Januari 2015 meskipun permohonan untuk semakan kehakiman hanya akan didengar di Mahkamah Sivil pada 5 Februari.

Semakan tersebut dibuat berikutan penolakan mahkamah terhadap permintaan peguambela, tanpa penjelasan munasabah, bagi pengumuman silap bicara setelah pengesanan komen Facebook dalam Malaysiakini yang mengaitkan Yang Dipertua Mahkamah dalam kes itu. 

Mejar Zaidi menghadapi dua pertuduhan: membuat kenyataan media tentang kekecewaannya terhadap kegagalan dakwat kekal dalam pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13; dan membocorkan kawat tumpangan luar berkenaan pindahan tugasannya beberapa hari kemudian.

 

Dikeluarkan oleh Sekretariat BERSIH 2.0