Persempadanan semula Sarawak tersentap oleh peta yang tidak lengkap dan agihan tidak serata yang serius

KENYATAAN MEDIA BERSIH 2.0 (6 Januari 2015)Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengutuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kelemahan yang serius dalam cadangan and tatacara persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi negeri Sarawak yang telah bermula pada hari Isnin (5 Jan).

SPR haruslah segera membetulkan kesalahannya dalam pemaparan peta yang tidak lengkap dan agihan yang tidak serata (malapportionment). Maklumbalas terdahulu daripada kami boleh disimpulkan dalam lima soalan dan satu pujian kepada pihak SPR.

Mengapakan peta yang dipaparkan tidak lengkap?

BERSIH 2.0 is terkejut bahawa SPR telah memaparkan peta yang tidak lengkap di mana sempadan-sempadan daerah mengundi tidak ditunjukkan.

  • Peta pilihan raya yang lengkap biasanya mengandungi sempadan kawasan pilihan raya bagi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri serta daerah mengundi, seperti contoh peta di bawah bagi kerusi parlimen Sibu yang telah digunakan dalam PRU13:

electoral map sample sibu 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Manakala SPR hanya telah memaparkan peta sempadan kerusi negeri bagi seluruh kawasan pilihan raya pada kali ini (rujukan di bawah).
  • EC Sarawak delineation maps
  • Walaupun kotak B menunjukkan peta yang diperbesarkan (scala 1:80,000), daerah mengundi masih tidak ditunjukkan.

 

  • Bagi imbasan pertama, daerah mengundi terdiri daripada sebahagian daripada kawasan pilihan raya parlimen dan negeri; oleh itu, ketiadaan daerah mengundi dalam peta ini tidak akan memberi kesan kepada pengenalpastian tempat mengundi pengundi. Walaupun begitu, pada hakikatnya, daerah mengundi ibarat batu-bata asas yang membentuk kawasan pilihan raya parlimen dan negeri; oleh itu, jika sempadan daerah mengundi dimasukkan, pengundi dapat membayangkan aspek yang tidak disetujui oleh mereka dan mengemukakan bantahan.
  • Dapat dilihat bahawa SPR menafikan pengundi maklumat tentang sempadan daerah mengundi, maka SPR memandang rendah terhadap keupayaan rakyat untuk betul-betul menilai cadangan SPR. SPR merompak peluang mereka untuk mempertimbangkan cadangan kombinasi daerah mengundi alternatif. Oleh yang demikian, SPR telah melanggar syarat peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa “pertimbangan harus diberi kepada … pemeliharaan hubungan tempatan,” seperti yang terkandung dalam Jadual 13, Bahagian 1, Seksyen 2(d).
  • Tanpa pemaparan sempadan daerah mengundi, pengundi tidak dapat menilai sama ada daerah mengundi mereka mempunyai “kemudahan pentadbiran” untuk membantu proses pengundian, seperti yang tersurat dalam Jadual 13, Bahagian 1, Seksyen 2(b).
  • Oleh sebab peta yang tidak lengkap tidak pernah digunakan pada masa dulu, SPR haruslah  menjawab soalan ini: Adakah peta yang tidak lengkap ini merupakan modus operandi bagi persempadanan seluruh negara, atau adakah SPR memang bersifat diskriminasi terhadap orang Sarawak?
  • Kami menyokong sepenuhnya pendirian Encik Baru Bian, ADUN Bakelalan dan Ketua PKR Sarawak, bahawa SPR perlu menyediakan peta yang lebih terperinci pada tahap kawasan pilihan raya dalam masa tujuh hari atau bersedia untuk menghadapi sebuah pendengaran semakan kehakiman.

 

  • Mengapakah peta tidak dipaparkan online?

BERSIH 2.0 tidak memahami sebab penolakan SPR untuk memaparkan semua petanya online supaya orang ramai termasuk yang berada di luar tempat asal mereka dapat menilai mutu cadangan persempadanan semula SPR dan mengambil bahagian dalam proses pembatahan.

  • Mengapakah SPR berkeras untuk menjalankan tugas mereka seperti dalam era sebelum kemunculan internet?
  • Mengapakan SPR tidak berbuat seperti apa yang sedang dibuat oleh pasukan DART (Delineation Action and Research Team) oleh BERSIH 2.0 dan Tindak Malaysia iaitu berkongsi informasi pengundian secara online? Sila rujuk kepada dart.bersih.org

 

  • Adakan pendengaran yang akan diadakan terbuka kepada pengundi, media dan orang awam?

BERSIH 2.0 mengulangi permintaan kami: pendengaran yang akan diadakan bagi bantahan yang berasas kukuh satu bulan selepas tempoh bantahan harus dibuka kepada peguam, media dan orang awam yang berprihatin.

  • SPR telah menyatakan kepada parti-parti politik dalam sesi taklimat mereka bahawa setiap kumpulan pembantah hanya dapat menghantar 3 orang wakil tanpa perwakilan perundangan dan setiap sesi pendengaran akan berlangsung selama 30 minit.
  •  BERSIH 2.0 ingin mengingatkan SPR bahawa ia mestilah bertindak dalam cara yang mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan semasa menjalankan tugas mereka. Mereka haruskah bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan orang awam dalam proses persempadanan semula dan mengurangkan agihan yang tidak serata (malapportionment) dan manipulasi sempadan supaya memihak sesuatu parti (gerrymandering).
  • BERSIH 2.0 berjanji untuk menyokong sebarang tindakan undang-undang oleh mana-mana warganegara yang telah dikecualikan atau mendapati haknya telah dinafikan oleh SPR akibat pelanggaran peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

 

  • Mengapakah ketidakserataan antara negeri tidak dikurangkan?

BERSIH 2.0 berpendapat bahawa fungsi persempadanan semula adalah untuk mengurangkan ketidakserataan dan juga amalan penggarisan semula sempadan yang memanfaatkan sesetengah pihak seperti yang telah berlaku sejak aktiviti persempadanan yang lepas. Berdasarkan standard ini, SPR telah gagal teruk.

  • Carta di bawah menunjukkan tidak ada pengurangan dari segi ketidakserataan agihan kerusi kawasan pilihan raya parlimen dalam cadangan yang dikemukakan oleh SPR. (Antara tahun 2013 dan 2014, yakni dasar persempadanan semula, penambahan nombor pengundi adalah tidak ketara. iaitu 2.32%; justeru perbandingan ini masih sah.)
  • P195 Bandar Kuching lebih besar daripada purata negeri sebanyak 119.11%, P219 Miri (107.19%) – kedua-dua ini melebihi dua kali ganda purata negeri! Ini diikuti kawasan P212 Sibu (85.51%), P196 Stampin (70.48%), Bintulu (61.79%), Lanang (60.64%) dan Petrajaya (45.30%).

 Sarawak Parliament malapportionment BM

 

  • SPR tidak mempertimbangkan peruntukan dalam Jadual, Bahagian 1, 2(c) yang menyebut bahawa kawasan pilihan raya dalam sesebuah negeri haruslah lebih kurang sama dari segi saiz, walaupun pengecualian diberi untuk kawasan pilihan raya pedalaman.
  • Bagi pendapat BERSIH 2.0, kawasan pilihan raya negeri yang biasa sepatutnya tidak harus lebih besar atau kecil daripada purata kawasan negeri sebanyak 15%. Kami mengikut standard asal yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Manakala bagi kawasan yang dikecualikan, sepatutnya ia tidak kurang daripada 33% purata negeri. Ini pula standard Perlembagaan pada tahun 1962.
  • Walaupun ini bermakna kita boleh menerima hakikat bahawa kawasan pilihan raya seperti Hulu Rejang atau Baram tidak ada pilihan dari segi saiz yang lebih kecil berbanding dengan purata negari, tidak ada alasan bagi saiz kawasan pilihan raya yang terlalu besar sehingga mengakibatkan kekurangan perwakilian pengundi bandar yang ketara.
  • Tetapi dalam kalangan kawasan pilihan raya pedalaman pun, wajarkah kawasan P206 Tanjong Manis (19,025) dan P207 Igan (18,082) mengandungi nombor pengundi yang kecil memandangkan bahawa kedua-duanya berdekatan dengan pantai dan kecil dari segi geografi berbanding dengan P216 Hulu Rejang (23,637) dan P220 Baram (31,476) yang merupakan kawasan pilihan raya yang terbesar dan kedua terbesar di Sarawak dari segi geografi.
  • Secara keseluruhan, dalam cadangan SPR, hanya 6 daripada 31 kawasan pilihan raya Parlimen yang memenuhi tuntutan standard tahun 1957 manakala 9 kerusi memenuhi standard tahun 1962 dan 16 kerusi yang selebihnya langsung tidak memenuhi standard tahun. (Rujuk Lampiran 1)
  • Kami menggesa pengundi dari 27 kawasan pilihan raya negeri yang lebih besar sebanyak 15% daripada purata negeri mengemukakan bantahan mereka atas alasan pelanggaran peruntukan perlembagaan persekutuan iaitu kekurangan perwakilan. Pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya ini harus bergabung sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 pengundi dari kawasan pilihan raya sendiri dan membantah dalam jangka masa satu bulan sebelum 4 Februari.
  • Bukan itu sahaja, kawasan pilihan raya negeri juga mengandungi ketidakserataan yang ketara. Purata kawasan pilihan raya negeri adalah 13,526 pengundi, tetapi kawasan pilihan raya yang berikutan mempunyai pengundi yang lebih banyak sehingga hampir 2 kali berbanding dengan saiz purata (peratusan menunjukkan sisihan daripada purata negeri):

N54 Pelawan

31,388

132.06%

N10 Pending

30,881

128.31%

N51 Bukit Asek

28,908

113.72%

N52 Dudong

28,569

111.22%

N74 Pujut

26,532

96.16%

N75 Senadin

26,257

94.12%

N11 BatuLintang

24,640

82.17%

 

 

 

  • Secara keseluruhan, dalam cadangan SPR, hanya 12 daripada 82 kerusi negeri Sarawak memenuhi standard tahun 1957, 24 memenuhi standard tahun 1962 dan 46 kerusi selainnya gagal memenuhi standard tahun 1962. (Rujuk Lampiran 2)
  • Pengundi dari kawasan pilihan raya yang disebut di atas dan 20 kawasan yang lain yang bersaiz lebih besar daripada purata negeri sebanyak 15% haruslah mengemukakan bantahan berasaskan kekurangan perwakilan yang tidak mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak state malapportionment BM 

 

  •  Contoh yang paling jelasnya menunjukkan aksi SPR yang secara sengaja mengakibatkan ketidakserataan adalah di P200 Batang Sadong, sebuah kawasan pilihan raya yang berjarak 45 minit dari Kuching dan disambungi oleh jalan raya yang lengkap, tetapi hanya mempunyai 20,977 pengundi dalam 3 kawasan pilihan raya negeri, yang paling kecilnya adalah N26 Gedong (6,340). Perbezaannya besar berbanding dengan P195 Bandar Kuching (78,394 pengundi) yang juga meliputi 3 kawasan pilihan raya negeri, yang paling besar adalah N10 Pending (30,881 pengundi). Batang Sadong map
  • Bagaimanakan SPR dapat menganggap angka 20,977 dan 78,394, atau 30,881 dan 6,340, sebagai “lebih kurang sama”?
  • Kami menggesa SPR supaya mengakui pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan mereka dalam cadangan semasa yang telah dipaparkan dan membuat pemindaan dalam proses siasatan. BERSIH 2.0 juga sedia membantu warganegara yang memerlukan pertolongan untuk mencabar pihak SPR dalam mahkamah.

 

Mengapa tergesa-gesa?

BERSIH 2.0 mempersoalkan tindakan SPR memulakan persempadanan semula secara tergesa-gesa pada saat perhatian seluruh negara sedang bertumpu pada pertolongan bagi mangsa banjir.

  • Oleh sebab persempadanan semula negeri Sarawak yang terakhir telah dihabiskan dalam 6 bulan, dan penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya berakhir pada pertengahan tahun 2016, jikapun aktiviti persempadanan semula bermula sebulan dua dari sekarang, ia masih sempat dihabiskan tanpa terburu-buru sebelum pilihan raya negeri yang akan datang.
  • Maka, BERSIH bertanya: Adakah ini plot SPR secara sengaja untuk mengelakkan perhatian seluruh negara dan mengurangkan penelitian awam yang maksimum terhadap aktiviti persempadanan semula di negeri Sarawak?
  • BERSIH 2.0 mengulangi pendirian kami yang haruslah dipenuhi—daftar pemilih haruslah dibersihkan sebelum persempadanan semula diselenggarakan. Penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang di Sabah merupakan peringatan peri pentingnya perkara ini.

 

  • Tiada penambahan kerusi

BERSIH 2.0 juga ingin mengucapkan taniah kepada SPR kerana tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan persempadanan semula yang berdasarkan jumlah kerusi Parlimen yang telah ditetapkan bagi negeri Sarawak seperti yang terkandung dalam Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini juga kali pertama di mana persempadanan semula hanya melibatkan penambahan kerusi pada tahap negeri dan bukan di peringkat persekutuan. Ini menunjukkan bahawa SPR telah mengambil nasihat daripada badan masyarakat sivil supaya tidak merampas kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam menentukan saiz mereka.

  • Namun SPR haruslah sentiasa ingat bahawa jika Parlimen mengambil keputusan untuk menambahkan kerusinya di negeri Sarawak pada masa depan, SPR dihendaki menjalankan persempadanan semula sekali lagi untuk melaksanakan penambahan kerusi Parlimen. Ia tidak boleh menempatkan kawasan pilihan raya negeri yang telah disempadankan kali ini ke dalam nombor kerusi Parlimen yang baharu tanpa penglibatan orang awam seperti yang terkandung dalam Jadual 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

BERSIH 2.0 menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memberi tekanan terhadap SPR untuk membuat pemindaan yang telah kami cadangkan kerana ini bukan sahaja akan mempengaruhi negeri Sarawak bagi 10 tahun yang akan datang; corak yang sama semungkinnya akan diulangkan bagi persempadanan semula di Semenanjung Malaysia dan negeri Sabah.

 

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).