TABUNG SUMBANGAN MEJAR ZAIDI

Salam Jumaat dan BERSIH kepada semua!!!

Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke forum Mejar Zaidi yang diadakan malam tadi. Maaf kepada mereka yang terpaksa berdiri walaupun tambahan kerusi dibuat beberapa kali.

Kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, jangan berasa hampa. BERSIH 2.0 akan menjelajah ke seluruh Negara bersama Hero Rakyat , Mejar Zaidi. Dalam masa terdekat, kami akan ke Pulau Pinang, negeri kelahiran Mejar Zaidi. Tempat, masa dan tarikh akan diumumkan pada minggu hadapan.

Untuk pengetahuan semua, malam tadi BERSIH 2.0 telah melancarkan tabung derma untuk Mejar Zaidi. Sasaran BERSIH 2.0 adalah untuk mencapai RM50000 dalam tempoh 1 bulan. 

Malam semalam, kami telah berjaya mengutip RM1231.00. BERSIH 2.0 masih memerlukan RM48769.00.

Teruskan menderma untuk Mejar Zaidi. Sumbangan boleh dibuat ke:

Nama : Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
No Acc: 03000064902
Bank: Hong Leong Bank

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi BERSIH 2.0 di talian 019-4380428/03-77723275